Terkadang agak menjemukan apabila asyik masak yang itu dan itulah saja di ulang-ulang. Nak juga sesekali merasa kelainan. Tercari-cari aku resepi masakan nasi agak berlainan dari kebiasaan di FB untuk menjadi Koleksi Resepi aku di kemudian hari. Taklah aku mencari lagi koleksi resepi masakan nasi itu semua apabila ingin mendapatkan apabila nak menggunakan sebagai rujukan. Letak di blog kesayangan aku ini, senang cerita.
Gambar Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti.... |
Banyak jugalah resepi masakan nasi yang belum pernah aku cuba buat seumur hidup ini. Aku bercadang nak mempelbagaikan membuat resepi nasi ini dan kongsi di blog nanti. Makin meriahlah blog aku nanti dengan perkongsian masakan. Itulah guna yang sebenarnya. Bukankah aku juga adalah blogger masakan... Ceh, ceh, cehh!!
Bukan semua jenis masakan nasi di Malaysia ini pernah aku rasa. Ada yang tak pernah aku cuba lagi. Jadi, nanti dengan membuatnya menggunakan resepi-resepi yang aku kutip di FB ini, bolehlah aku merasanya sekali dan mengetahui akan kesedapannya. Nampak gambar, macam sedap-sedap belaka.
Koleksi Resepi Masakan Nasi Yang Sedap Mesti Di Cuba Buat Suatu Hari Nanti....
- 1 - Nasi Daging
#Sumber FB Page Sedap Tube
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan.
Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana.
Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Tips: Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
- 2 - Nasi Jagung
#Sumber FB Page Sedap Tube
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmati
3 ½ cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar, dihiris
1 tin jagung, ditoskan airnya
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 senduk minyak sapi/ mentega
Garam secukup rasa
Bawang goreng, untuk hiasan
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara Menyediakan:
Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan gaul rata. Bila airnya hampir kering, masukkan jagung dan gaul rata. Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker dan biarkan nasi tanak sehingga masak.
Sewaktu nasi dihidang, taburkan bawang goreng atau jika anda suka gajus yang telah digoreng.
Nota: Jika anda tidak suka menggunakan minyak sapi, boleh gunakan minyak masak yang dicampurkan dengan mentega. Minyak sapi/ mentega inilah yang membuat bau nasi tersebut bangkit. Manakala susu cair yang digunakan, akan memberi rasa lemak pada nasi membuatnya sedap.
- 3 - Nasi Mentega Cranberry
#Sumber FB Page Sedap Tube
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
5 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
1 kiub pati ayam Maggi (optional)
2 sudu besar mentega
1/3 cawan cranberry kering
Garam secukup rasa
Bahan tumis:
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (di titik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan hiasan:
Daun bawang & daun sup (dihiris)
Bawang goreng secukupnya
Cara:
Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit.
Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api. Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata.
Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak.
Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
- 4 - Nasi Minyak Hujan Panas
#Sumber FB Page Sedap Tube
Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
3 kuntum bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus
Cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik.
Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi.
Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.
- 5 - Nasi Lemuni
#Sumber FB Page Sedap Tube
Bahan:
3 pot/ cawan beras
3 genggam pucuk lemuni hitam
1 genggam daun inai ( optional. Inai ni panas sikit )
3 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, di hiris
garam & gula secukup rasa
Cara:
Kisar pucuk lemuni dan daun inai dengan 1 1/2 cawan air. Tapis pati & buang hampas. Basuh beras & masukkan dalam rice coooker. Masukkan pati campuran lemuni, santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba & lada hitam.
Kacau rata.Tambah garam & gula secukup rasa. Tambah secukup air/santan jika perlu. Masak dalam rice cooker.
Nota: pucuk lemuni digunakan instead of daun lemuni coz daun lemuni lebih pahit. Tapi nasi lemuni kalau dah masak tak pahit pun.
- 6 - Nasi Kerabu Nenek
#Sumber Afifi Pauzi via mahn
Utk nasi
-1kg beras dan air secukupnya
-bunga telang blend dgn sdikit air kmdian tapis @ blh je guna pewarna biru
-masak nasi spt biasa
Utk tumis budu
-4 ulas bwg putih,6 ulas bwg merah,1 labu bwg besar, 1 inci halia, 2-4 btg serai dan cili kering ( blend semua bahan)
-1 cwn santan pekat
-1 botol kecil budu
-1 keping manisan
-2 keping asam keping
** tumis bahan blend smpai masak, masuk budu dulu baru masukkan santan,manisan dan asam keping...masukkan garam, 1 sudu gula dan ajinomoto.kacau smpai dia pekat..
Sambal ikan
- 1/2 kg ikan, rebus terlebih dahulu, sejukkan kmdian buang tulang
- msukkan ikan td dlm kuali tanpa minyak,kemudian masukkan serai yg dihiris halus dan sedikit gula. Kacau smpai btul2 kering..
Utk ulam
Bunga kantan, kobis, daun samak, daun kesum
( blh je letak ulam ape yg uolls suka)
Pelengkap nasi kerabu
Ayam bakar/ goreng, keropok, solok lada,telur masin dan sambal....
Selamat mencuba
- 7 - Nasi Kuning Wangi dan Gurih ala Rieska
#sumber FB page Makanmakan/Cookpad
Bahan-bahan
3 cup beras
10 cm kunyit (blender dgn 3 sdm air, saring. ambil airnya)
3 lembar daun pandan (ikat simpul)
4 batang daun serai (geprek)
2 lembar daun jeruk
1 ruas jahe (iris2)
5 lembar daun salam
1 kotak santan kara 200ml
5 buah bawang merah (iris2)
4 buah bawang putih (iris2)
secukupnya garam
Langkah 1
Cuci bersih beras, tiriskan. Masukan ke dalam rice cooker.
Langkah 2
Panaskan wajan, masukkan santan kara, dan semua bumbu. Tambahkan air kira2 sebanyak takaran normal utk memasak nasi di rice cooker. Aduk terus sampai agak mendidih. Matikan api.
Langkah 3
Tuang santan ke dalam beras di rice cooker. Kalau kurang airnya boleh ditambahkan air santan secukupnya. Aduk2 beras dan santan agar tercampur rata.
Langkah 4
Tekan tombol "cook" dan tunggu sampai matang. Nasi kuning siap di sajikan dengan bahan pelengkap lainnya.
- 8 - Nasi Ulam
FB Azira Mamat
Nasi yang telah di tanak seperti biasa
6 ekor ikan sardin dipanggang tawar - Asingkan tulang.
Bawang merah 2 ulas.
Serai 3 batang.
Cili padi ikut kepedasan.
Budu 2-3 sudu @ secukup rasa.
Garam (secukup rasa)
Ulam
1 ikat pucuk kemangi
1 ikat daun kesum.
1 ikat pucuk serai kayu.
1 ikat ulam raja.
1 ikat daun jambu golok.
1 ikat dauk kaduk.
1 helai daun kunyit.
3 batang kacang panjang @ kacang botor.
1 ikat pegaga.
1 bunga kantan
Hangpa boleh je buh ulam kampung yang lain kalau yang atas ni takdak.
Cara:
Ulam daun balut gini dengan pucuk daun kunyit d an hiris halus. Hiris halus semuanya sekali Gaul dengan ikan bagi sebati.
Dah sebati. Tuang dalam nasi dan gaul. Masukkan garam secukup rasa. Next letak budu buh secukup rasa gak dan gaul bagi sebati.
- 9 - Nasi Paella (Nasi Sepanyol)
#Sumber FB Chefobie Untold
Bahan:
3 cawan beras basmathi
300 gm sotong saiz kecil
15 keping mussel
15 ekor udang sederhana
1/2 cawan minyak masak medetop
2 biji tomato merah potong wedges
1/2 cawan tomato puree
1 sdt lada hitam ketuk
1/2 biji bawang holland mayang
7 ulas bawang putih cincang
1/2 biji cili benggala @ capsicum potong dadu
1 liter air rebusan ayam ( keperluan air seperti anda menanak nasi putih )
Herb-thymes,bay leaf
Celery / Lobak Merah option jika tiada abaikan.
Garam,gula atau stok ayam sebagai perasa
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang putih, capsicum, herbs, tomato dan tomato puree. Masukkan air rebusan ayam, biar mendidih,masukkan ke semua seafood & perasakan dgn garam gula.
Giliran beras basmathi yg telah dicuci masuk ke dalam tumisan.kacau lebih kurang 5 minit.. Jika anda suka boleh letak celery atau lobak merah..
Teknik short cut bagi memudahkan cara memasak Paella ini. Pindahkan semua bahan tumisan ini ke Dlm rice cooker, angkat dahulu seafood, masukkan beras basmathi dan air rebusan. Akhir sekali masukkan seafood di bahagian atas beras. Kemudian masak seperti menanak nasi di rice cooker, mudah dan sempoi. Tunggu sehingga masak.
Inilah 9 koleksi resepi jenis hidangan nasi yang nampaknya sangat sedap yang pasti akan aku cuba buat satu persatu nanti. Harap aku ada masa yang lebih untuk berusaha membuatnya. Dan harap semoga nanti hidangan masakan nasi aku nanti di sukai oleh kami sekeluarga, terutamanya anak-anak aku yang akan jadi juri mengatakan sedap atau mengkritik rasa masakan aku... hoo, hooo!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Apapun setiap kali makan nasi tak boleh makan banyak. Hanya suku untuk sekali waktu makan. Suku-suku separuh. Diet lah lah katakan... hahaha!
Lama tak makan nasi ulam dengan nasi lemuni tu. Nak buat kite sorang je yang makan😅...
ReplyDeletenasi kerabu kak. Sedapnyaaaaaa heheh. Haa diet2 kiki
ReplyDelete