07 October 2019

Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi...

Di sebalik kemeriahan Bandaraya Shah Alam, Seksyen 24 ada tempat menarik dan makanan sedap yang wajar di kunjungi. Untuk pengetahuan, seksyen 24 ini tiada shopping compleks besar dan pasaraya yang gah dan hanya ada lebih banyak rumah flat dan apartment dari rumah-rumah landed dan rumah orang berada. Tetapi ada permata yang terselindung di sana. Seksyen 24 Shah Alam, ada tempat menarik dan makanan sedap. Jangan  tak tau...!

Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi...
Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi...

Aku sekeluarga akan meninggalkan kawasan ini untuk berhijrah dan tinggal di tempat lain hujung tahun ini. Memori indah tinggal di sini nanti akan terus terpahat di ingatan selama-lamanya. Mana mungkin aku akan dapat melupakan tempat yang telah menjadi tempas bermastautin selama lebih dari 10 tahun ini.



Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada tempat tinggal ku yang ini iaitu di Seksyen 24, aku nak abadikan tempat menarik yang wajar di kunjungi dan makanan sedap yang sewajarnya di nikmati dan di ketahui umum. Memang havoc Seksyen 24 ini walaupun ramai penghuninya dari golongan marhain sahaja.

Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi...


- 1 - KOLAM PANCING SEKSYEN 24

Kolam ini terletak berdekatan dengan kemudahan asaa seperti restoran, kedai runcit, 7 Eleven, Masjid dan Uptown Shah Alam. Ianya di buka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu kecuali pada hari Jumaat, di tutup dari jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang. Bayaran untuk 1 joran adalah RM35 untuk 12 jam.

Kolam ini di katakan antara kolam pancing yang terkenal di Bandaraya Shah Alam. Pada yang kaki pancing, bolehlah memancing di sini. Kadang-kadang sesekali bawalah anak-anak dan isteri menemani sewaktu  memancing . Cantik dan sejuk saja pemandangan di kolam pancing tu tau... 

- 2.- UPTOWN SHAH ALAM

Uptown Shah Alam ni dah 2 kali mengalami kebakaran. Destinasi rakyat marhain untuk mendapatkan barangan dan keperluan seperti pakaian, kasut, beg dan macam-macam barang-barang rumah dengan harga berpatutan dan mampu milik. Kini ia telah dibangunkan semula dengan konsep Bugis Moden menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, minuman serta keperluan diri seperti biasanya. Diharapkan agar lokasi ini terus kekal sebagai destinasi pilihan masyarakat.

Konsep yang di tengahkan sekarang lebih menarik dengan di tonjolkan lebih elemen hiburan yang akan terus menarik minat para pengunjung. Sekarang Uptown mejadi lebih tersusun dan meriah dan d kunjungi pelbagai lapisan masyarakat. Waktu operasi adalah dari pukul 8.30 malam hingga 3.00 pagi. Sesuai untuk yang suka berjaga malam.

-3 - GERAI GELAS BESAR

Gerai ini menampilkan masakan western yang di gabungkan dengan versi Melayu. Rasa yang sesuai dengan tekak orang Melayu yang sukakan menu sebegini. Seperti namanya, gelas untuk segelas air buah yang di jual memang sangat besar. Puas minum dan hanya RM2 sahaja segelas. 

Banyak menunya yang sedap dan berbaloi untuk di cuba. Berbekalkan bajet kurang RM20 untuk seorang, perut kosong anda boleh di isi dengan sempurna. Murah dan sangat murah berbanding di tempat lain untuk juadah masakan western ini. Menu wajib di cuba adalah antaranya spaghetti carbonara dan chicken grill. Waktu Operasi : 5.00pm – 1.00am (Selasa hingga Ahad)

- 4 - RESTORAN MAMAK SRI SHAZ DAN MURJANA MAJU

Restoran Sri Shazz dan Restoran Murjana Maju dilihat sebagai lokasi utama bagi komuniti Seksyen 24 berkumpul dan berinteraksi. Kedua-dua restoran ini terletak di deretan rumah kedai di Seksyen 24. Di hujung kiri dan hampir ke hujung kanan. Mudah sangat nak cari lokasinya.

Sudah pastinya antara menu yang anda boleh peroleh di sini adalah masakan mamak, masakan thai dan puluhan pilihan roti canai yang menjadi kesukaan sebilangan orang ramai. Restoran ini sentiasa penuh dengan para pengunjung di sebabkan ia di buka 24 jam setiap hari. 

- 5 - KEDAI NASI JJ KAK WOK

Hanya satu hidangan utama iaitu gabungan nasi berlauk antara gulai yang enak, ketulan-ketulan kecil ayam goreng dan sambal belacan cukup untuk membuatkan ramai pengunjung beratur untuk makan di sini.

Kedai makan yang terkenal ini telah membuka satu cawangan di Seksyen 24. Pelanggan di kedai makan ini tak pernah surut dari mula di buka samapi ianya di tutup. Mesti rasanya sungguh sedap kan! Waktu Operasi : 5.00pm – 1.00am (Selasa hingga Ahad)

- 6 - MODERNECKS

Modernecks ini adalah sebuah kedai kek.  Menyediakan variasi pilihan pastri dan bakeri seperti baby cake, brownies, pavlova, muffin dan cream puff, Modernecks juga mengambil tempahan kek mengikut citarasa pelanggan. 

Turut menawarkan servis penghantaran ke destinasi pilihan pelanggan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Kedai kek ini sering menjadi pilihan kerana rajin menawarkan diskaun pada waktu-waktu tertentu jualan keknya. Rasa keknya pun sedap dan setanding dengan kedai-kedai kek terkenal yang lain. Waktu Operasi : 10am – 10pm (Setiap hari). 

- 7 - RESTORAN ROJAK DAN CENDOL SHAH ALAM

Restoran rojak dan cendol Shah Alam ini terletak di Medan Selera Delima Shah Alam. Pelanggan yang datang biasanya akan beratur lebih awal sebelum waktu operasi bermula pada pukul 6.00 petang. Ada pelbagai cendol aneka jenis yang anda boleh pilih terutama untuk ‘topping’. Cendol topping buah-buahan paling digemari pelanggan yang berkunjung ke sana. Selain buah-buahan, topping koko krunch, cornflakes, coklat, biskut, mashmallow, jeli dan lain-lain pun ada.

Daripada banyak-banyak pilihan cendol yang ada, cendol durian lah yang paling digemari oleh pelanggan kerana unik dan rasanya yang manis di tambah pula dengan durian berlemak menambahkan lagi kesedapan. Harga cendol durian akan mengikut harga pasaran. Ada durian gred D24, D99, D101 dan lain-lain. Harganya antara RM15 – RM20 bergantung pada saiz mangkuk dan kuantiti durian. Waktu Operasi : 6.00 petang – 1.00 pagi (setiap hari kecuali Isnin).

Sesungguhnya banyak kenangan manis aku di Seksyen 24 ini. Susah nak cari tempat lain yang suasananya seperti di Seksyen 24 ini yang dekat dengan segala kemudahan yang di perlukan. Tak perlu ada pengangkutan sendiri pun boleh selesa kemana-mana dari sini.

Sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama hanya berdekatan sahaja dari rumah. Nak ke pusat membeli belah boleh jalan kaki sahaja ke Seksyen 18 yang hanya perlu menyeberangi jalan besar. Bas percuma pun telah di sediakan sekiranya nak kemana-mana di Shah Alam. Itu yang suka dengan tempat ni. Apapun penghijrahan kena di teruskan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.

Nak baca informasi menarik di blog ini, klik la SINI

p/s: Lupa nak di ceritakan pula, aku pindah tak lah jauh mana dari Seksyen 24 ini. Hanya pindah ke Seksyen 30 Shah Alam sahaja... hehe!

#pic sumber fr google

2 comments:

  1. kak ana selalu kat seksyen 7 tu jer , nanti boleh lah try ke sini pula kan :)

    ReplyDelete
  2. bestnya. kalau ada team makan boleh la g.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...