Inilah resepi sambal telur yang paling muda untuk di masak. Rasanya pun sangat marvelous pada sesiapa yang menyukai masakan sambal cili yang pedas-pedas begini. Satu lagi semestinya untuk orang yang menyukai lauk telur. Resepi masak telur pecah serangkak ini orang bujang pun boleh buat. Bahan-bahan sangat mudah di dapati. Sekejapan masak sudahlah siap!
Resepi Sambal Telur Pecah Serangkak, Sedap Baq Hang...! |
Bagi aku pula, en. suami memang sangat menyukai sambal telur cara begini. Masak hari-hari pun tak apa. Tapi aku pula yang jemu dan cemuh dengan masakan ini. Kebiasaannya aku masak lauk ini waktu tak sempat pergi ke pasar beli barang-barang basah ataupun apabila lauk tengahari sudah habis untuk di buat makan waktu malam.
Cara biasa, goreng telur mata kerbau dulu dan selepas tu masak kuah sambal dan curah dalam pinggan telur mata kerbau. Cara mudah dan pecah serangkak ini, hanya pecahkan telur dalam sambal yang sedang merenih dan tunggu telur keras dan masak. Lebih senang dan menjimatkan masa. Rasa lagi sedap sebab mesra telur bersama sambal.. huh!
Resepi Sambal Telur Pecah Serangkak, Sedap Baq Hang...!
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1 sudu teh pes asam jawa
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Bawang merah dan bawang putih cincang halus. Bawang besar di mayang nipis. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak di dalam kuali.
Bila kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi dan berwarna lebih gelap dari warna asal. Masukkan asam jawa, sedikit air dan bawang besar.
Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Sementara sambal merenih, pecahkan telur ke dalam kuali yang berisi sambal dengan berhati-hati agar kuning telur tidak pecah waktu masuk ke dalam kuali.
Masukkan dan pecahlan satu persatu telur ke dalam sambal. Pastikan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Seeloknya kecikan sedikit api waktu ini dan biarkan telur mengeras secara perlahan-lahan.
Selepas tu bolehlah di terbalikkan telur satu persatu untuk masak serata. Setelah itu bolehlah di angkat dan dihidangkan. Siap!
Resepi sebegini sedap belaka apatah lagi apabila poket tengah kering. Maksudnya tak dapat nak membeli bahan-bahan yang biasanya boleh di buat masakan sedap. Tapi lauk telur pun sedapkan! Cuma ini masakan bajet sajalah... hehe!
Resepi sebegini sedap belaka apatah lagi apabila poket tengah kering. Maksudnya tak dapat nak membeli bahan-bahan yang biasanya boleh di buat masakan sedap. Tapi lauk telur pun sedapkan! Cuma ini masakan bajet sajalah... hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi mudah di blog ini, boleh klik SINI
p/s: Sedap baq hang.... Tiap-tiap minggu aku masak untuk en. suami dan anak-anak. Serangkak sekali pecah tu... hahaha!
Lauk emergency tapi sedap
ReplyDeletesy pon suka lauk ni...kalau sahur mmg dlm 30 hari tu 22 hari makan lauk ni :)
ReplyDeleteLauk kegemaran family Bonda ni....biasanya lauk emergency....salam perkenalan...singgah sini n done follow....jemput follow www.bondachanteq.com...
ReplyDelete