23 October 2019

Pemilihan Aliran Ke Tingkatan 4 Selepas PT3, Ibubapa Pun Pening Juga Nak Fikir...

Anak bongsu aku baru saja menduduki  PT3 baru-baru ini. Kelmarin cikgu bagi borang senarai pemilihan aliran ke tingkatan 4 yang ingin di ambil pada tahun hadapan. Anak aku tu  tak dapat nak memikirkan lagi aliran ke tingkatan 4 yang ingin di ambilnya. Bermakna akulah yang kena tolong fikirkan dan buat keputusan untuk anak bongsu aku ini. Borang ini nak di hantar pada hujung bulan iaitu minggu hadapan... haihh!

Pemilihan Aliran Ke Tingkatan 4 Selepas PT3, Ibubapa Pun Pening Juga Nak Fikir...
Pemilihan Aliran Ke Tingkatan 4 Selepas PT3, Ibubapa Pun Pening Juga Nak Fikir...

Keputusan PT3 dan Ujian Psikometrik keluar lambat lagi. Jadi tak ada panduan yang boleh di ikuti untuk tahu tahap kecenderungannya. Jadi, aku kena pandai sendirilah untuk menganalisa tahap kepandaian dan kecenderungannya terhadap matapelajaran yang di tentukan untuk setiap aliran. Main agak-agak sajalah, seorang ibu bukankah banyak tahu tentang diri anak-anaknya... hahah!



Perkara yang kena di ambil kira adalah lihat keputusan peperiksaan yang lepas. Kecemerlangan dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan berbanding dengan yang lain. Selepas itu perhatikan minat dan kecenderungan sebab setiap individu ada bakat dan minat masing-masing. Aliran yang tepat dapat membantu dan menggilap bakat yang ada. 

Pemilihan Aliran Ke Tingkatan 4 Selepas PT3, Ibubapa Pun Pening Juga Nak Fikir...


Apapun kena ukur kemampuan diri anak aku itu. Tahap kecemerlangan dia ini adalah dalam kategori sederhana. Sebagai anak bongsu yang jenis manja dan masih kuat  kebergantungan dengan kami sebagai ibubapa, dia tak mau ke sekolah berasrama seperti MRSM ataupun Kolej Vokasional seperti kakaknya 2 tahun dulu yang aku hantar ke Kolej Vokasional ambil aliran Teknologi Elektronik. 

Kategori sederhana ini keputusan peperiksaan yang lalu pun di aras sederhana sahajalah. Takkan aku nak dia ambil aliran yang lebih rendah dari kelayakannya. Cita-cita dan minat anak-anak sekarang boleh berubah-rubah seperti angin lalu. Sekejap nak jadi yang ini, sekejap nak jadi yang lain pula. Yang pasti, demam korea tak habis-habis lagi... !

Pilih punya pilih, aku tetapkan aliran Sains Komputer yang menjadi pilihan. Dia pernah mendapat A dalam matematik dan matapelajaran asas sains komputer walaupun ada sekali sekala mendapat keputusan yang hanya cukup makan. Aku rasa ini yang terbaik sebab kecenderungan dia memang cepat  mengadaptasi dan edit pelbagai benda di komputer. Itu tak di nafikan... haihh!

Selepas keputusan PT3 nanti kita tengok dulu macam mana. Apapun itulah yang aku pilihkan. Macam biasa, anak bongsu aku ini, ikut saja apa yang aku katakan. Anak-anak sekarang, tak pernah nak berfikir apa yang dia nak buat dan nak bekerja di kemudian hari. Dia tak tahu dan tak nak ambil tahu, apa yang dia pilih hari sekarang ini, menentukan kursus di universiti dan kerjaya yang akan dia ceburi nanti.... Haihh!

Nak baca cerita di blog ini...  klik SINI

p/s: Anak-anak aku begitulah, semua nak ibubapa yang uruskan dan tentukan. Setakat ini, semuanya benar dan sesuai belaka... Alhamdulillah!!

3 comments:

  1. takpe .. saya pun dulu ada sahabat macam anak sis .. tau-tau bila dh masuk universiti berubah terus .. now lagi berjaya dari saya ... diorang kdg2 masih mood main2 :)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya sek dia bagi borang mcm ni. Sek sy atur murid2 ikut result pt3.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...