17 October 2019

Nak Cantik Tapi Tak Perlu Keluar Belanja Berlebihan, Tiru 5 Tips ini...

Kaum wanita dengan kecantikan tak boleh di pisahkan. Sanggup berhabisan wang ringgit  gara-gara mengejar produk kecantikan yang berkesan. Yang sebenarnya nak  cantik tidak sukar, dan tak perlu keluar belanja berlebihan, banyak cara mudah dan murah yang anda boleh cuba di rumah. Hanya bahan-bahan yang biasa saja pun boleh digunakan.

Nak Cantik Tapi Tak Perlu Keluar Belanja Berlebihan, Tiru 5 Tips ini...
Nak Cantik Tapi Tak Perlu Keluar Belanja Berlebihan, Tiru 5 Tips ini...

Walaupun anda berkemampuan untuk pergi ke rawatan kulit yang paling mahal atau mendapatkan khidmat nasihat pakar kulit, namun sebenarnya, tiada siapa yang lebih memahami kulit anda melainkan diri anda sendiri. Kalau boleh di buat sendiri di rumah, apa perlunya berbelanja lebih di salon kecantikan...!

Nak Cantik Tapi Tak Perlu Keluar Belanja Berlebihan, Tiru 5 Tips ini...


- 1 - Bersihkan Solekan

Cuci solekan mata kalis air dengan minyak kelapa, hasilnya cukup bersih! Malah sapukan juga pada wajah untuk menanggalkan sisa-sisa solekan. Selain kulit bersih, kulit juga menjadi lebih lembap.

- 2 - Kuku Putih Dan Bersih

Letakkan ubat gigi pada berus kuku. Kemudian gosok dengan lembut pada kuku yang telah direndam dalam air suam. Hasilnya? Kuku menjadi putih dan berkilat! Sesuai dilakukan selesai anda memasak, kuning akibat kunyit pun boleh hilang.

- 3 - Segarkan wajah

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.



- 4 - Memlembapkan wajah

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

- 5- Masker wajah dan badan untuk kulit lembut dan gebu.

Campuran oat atau beras yang di kisar separuh lumat bersama madu, putih telur, minyak zaitun dan samada buah-buahan atau sayur-sayuran amat bagus untuk di jadikan masker dan di sental ke seluruh tubuh untuk membuang sel kuilt mati dan menjadikan kulit lembut, gebu dan cantik. lakukan rutin seminggu sekali

Di luar sana, lambakan produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit yang menjanjikan wajah yang sempurna dan berseri. Namun tidak kesemuanya mampu merealisasikan kecantikan seseorang. Daripada anda membelanjakan lwang yang berlebihan, kepada produk kimia, lebih baik menggunakan produk yang ada hanya di sekeliling kita yang tidak memudaratkan... kan!

Nak dapatkan pelbagai tips dan informasi d blog ini, klik SINI

p/s: Mestilah nak cantik... jom!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...