Jarang aku masak lauk masak paprik ini sebab ia bukanlah jenis masakan berkuah. Jadi, lebih suka masak tomyam. Lagipun masak paprik ini lebih kurang saja dengan tomyam. Bezanya ia tanpa kuah dan ada sedikit bahagian yang berlainan. Di sebabkan aku di beri oleh anak buah sebotol pes paprik segera dari Tailand, aku gigih jugalah nak membuat masak paprik campur.
Masak Paprik Campur Dengan Sos Paprik Thai, Sedap Juga... |
Walaupun sudah ada pes tersendiri ini, aku uba suai juga dengan citarasa sendiri sebab aku dapati sos paprik segera ini kurang rasa masamnya. Aku memang suka tomyam yang masam lebih, begitu juga paprik. Sos ini berdesing rasa pedasnya sungguh. Jadi, tak payah tambah perisa pedas apa-apa.
Sudah namanya campur, aku campur ayam, udang dan sotong dalam masak paprik csmapur ini di samping kacang panjang, bunga kobis, carot, kobis dan tomato. Meriah jugalah masakan paprik campuran aku ni. Letak jus limau kasturi banyak-banyak untuk menimbulkan rasa masam... hahaha!
Masak Paprik Campur Dengan Sos Paprik Thai, Sedap Juga...
Bahan:
2 keping kepak ayam
5 ekor sotong sederhana
10 ekor udang sederhana
2 sudu makan pes paprik segera Thai
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kacang panjang
Bunga kobis
Kobis
Carrot
1 biji tomato
4 keping daun limau purut
5 biji limau kasturi
Air secukupnya
Minyak masak juga secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Kepak ayam di potong kecil dan di bersihkan.Sotong di potong-potong membulat dan dibersihkan. Udang di buang kepala dan ekornya dan dibersihkan juga.
Serai di ketuk hujungnya. Halia dan lengkuas di ketuk menjadi pecah-pecah. Bawang besar di hiris nipis.Bawang putih di ketuk pecah-pecah juga.
Sayur-sayuran iaitu bunga kobis, carrot dan kobis di hiris. Kacang panjang di potong dalam 1 inci. Kuantiti sayuran ini ikut sendiri dan banyak mana yang sesuai untuk di makan.
Tumiskan bawang putih, bawang besar, serai, halia, daun limau purut dan lengkuas sekejap saja sehingga berbau semerbak. Masukkan Sedikit air dan masukkan pes paprik segera Thai. Selepas seketika, masukkan ayam, udang dan sotong.
Tunggu ia mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran. Masukkan sedikit lagi air agar tidak terlalu kering. Waktu ini, ubah suailah air samada ada sedikit kuah atau basah-basah sedikit sahaja
Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan tomato yang di belah empat atau enam. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi daripada 4 biji limau kasturi. Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan untuk makan tengahari dengan malam.
Bolehlah rasanya. Tak jauh beza langsung dengan masakan tomyam pun. Makan sajalah dengan rasa syukur. Inikan rezeki namanya. Banyak lagi pes paprik tu. Lainkali kalau nak buat lagi, dah pandai ubahsuai tahap kepedasannya. Sebenarnya aku letak juga cili api dalam masakan aku ni. Jadi pedas dua kali ganda jadinya.. huhu!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini... klik SINI
p/s: Sebenarnya buat cara biasa tanpa pes bagai lagi mudah, Dah tu pun letak macam-macam bahan juga..... haihh!
Huish~ sedap jugak nih...
ReplyDeletepes tu mcm membantu kalau2 tak ckp bahan je yek
ReplyDeleteesok nak cuba masak paprik la sbb pes dah lama beli cuma x buka lagi je..heheheh
ReplyDelete