10 October 2019

Leceh Atau Mudah Ke Penjagaan Rambut Bertudung? Ini Tips Mudah Jaga Rambut....

Rambut bertudung atau tidak, penjagaan rambut adala perlu di titik beratkan. Leceh atau mudah ke penjagaan rambut bertudung? Bila memakai tudung, tidak semestinya anda hanya perlu mengekalkan penjagaan luaran iaitu tudung. Anda tidak akan selesa untuk pakai tudung seharian jika rambut anda tidak berada dalam keadaan yang baik dan terjaga. Nampak mudah sebab rambut tak nampak apabila bertudung. Leceh atau mudah ke penjagaan rambut bertudung itu hanya yang si pemakai yang mengetahuinya..!

Leceh Atau Mudah Ke Penjagaan Rambut Bertudung? Ini Tips Mudah Jaga Rambut....
Leceh Atau Mudah Ke Penjagaan Rambut Bertudung? Ini Tips Mudah Jaga Rambut....

Rambut adalah mahkota buat para wanita. Bertudung bukan bermaksud anda boleh mengabaikan penjagaan rambut namun penting agar kekal selesa tanpa sebarang masalah. Jangan jadikan bertudung sebagai alasan untuk anda tidak menjaga rambut. Hal ini kerana, aliran udara yang tidak sempurna ketika bertudung boleh menyebabkan rambut anda rosak. 



Ikuti tips penjagaan rambut yang begitu simple ini dan cuba untuk praktik di rumah. Barulah bila pakai tudung, rambut tidak akan gugur, tak ada kelemumur, tidak berkutu dan sebagainya. Jangan jaga muka saja nak bagi flawless sebab orang nampak. Rambut pun kena jaga juga tau. Kena terurus mayang mengurai dan tak gugur sebab tu masalah utama wanita bertudung. Tak susah pun! 

Leceh Atau Mudah Ke Penjagaan Rambut Bertudung? Ini Tips Mudah Jaga Rambut....


- 1 - Untuk pemilihan shampoo, boleh gunakan shampoo jenis menthol jika anda mempunyai masalah kelemumur. Gunakan shampoo sebanyak dua atau tiga hari sekali pun sudah memadai.

-  2 - Conditioner juga perlu untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lembut. Untuk perapi rambut pula, anda jangan pakai sehingga terkena kulit kepala. Kerana ianya boleh menyebabkan rambut anda berminyak dan menyebabkan kelemumur. Perapi rambut boleh digunakan setiap hari untuk melembutkan rambut anda.

- 3 - Gunakan serum khas untuk rambut. Serum rambut juga perlu. Hanya sapukan pada bahagian rambut sahaja, kulit kepala tidak perlu. Ianya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut anda tumbuh lebih sihat.

- 4 - Tonic rambut ini biasanya dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja. Ianya bagus digunakan jika anda mempunyai masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Fungsi tonic ini adalah untuk menguatkan akar rambut dan untuk tambah rambut yang baru. Boleh digunakan selepas mandi ketika rambut anda masih basah atau kering.

- 5 - Boleh ke salon untuk buat treatment rambut. Jika anda rajin, boleh juga cuba pergi ke salon untuk treatment scalp/hair. Disarankan untuk cari salon yang sesuai dan mengikut bajet anda, tak perlu mahal-mahal pun sebab sama je semua treatment di mana-mana salon. Treatment untuk scalp adalah bagi mengurangkan masalah kelemumur dan rambut gugur. Manakala treatment rambut pula adalah mengurangkan masalah rambut kering dan kusut.

- 6 - Tips seterusnya  untuk penjagaan awal rambut setiap wanita adalah :
- Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat.
- Jika anda memakai tudung, jangan ikat rambut ketika rambut masih basah.
- Sikat rambut sambil duduk, untuk menyenangkan anda menyikat rambut.
- Sentiasa tukar anak tudung anda.
- Pakai tudung jenis fabrik yang ringan.
- Elak pakai minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak yang akan menyebabkan rambut anda berbau dan berminyak.

Rambut gugur adalah perkara normal untuk setiap manusia biasa. Ada juga yang rambutnya sentiasa gugur dan memenuhi setiap penjuru rumah. Tapi tidaklah sampai botak kepalanya. Namun, jika rambut anda semakin berkurangan dan hampir botak, boleh rujuk pakar rambut.

Nak dapatkan informasi dan tips di blog ini... klik SINI

p/s: Mudah sahaja, bukan? Lepas ini boleh gunakan semua tips di atas untuk jaga rambut masing-masing walaupun bertudung. haihhh!

#sumber TwtKecantikanMY
#pic fr google

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...