Terkadang sesekali kita akan mengalami sembelit apabila makan tidak teratur dan kurang mengambil serat dalam pemakanan seharian. Hidup akan sedikit terganggu dan menjadi sukar apabila kejadian ini sering berlaku. Jadi, jangan biarkan sembelit melarat. Ada petua cuci usus yang boleh di amalkan untuk merawat, mengelakkkan dan menjauhkan sembelit dari terjadi. Insya'allah bila dah amalkan petua cuci usus ini, sembelit tidak menjadi satu masalah lagi.
Jangan Biarkan Sembelit Melarat, Amalkan Petua Cuci Usus Ini... |
Aku terbaca petua ini di satu laman FB. Katanya petua ini dapat dari seorang mak bidan lama yang di panggil Tok di Kampung Minda, Hulu Dungun yang berusia lebih kurang 80an. Kebiasaanya usus kotor boleh menyebabkan boleh jadi sembelit, kerap rasa lapar kerana ketidakseimbangan keadaan usus, mudah masuk angin, keletihan dan sering sakit kepala hingga kadang kala boleh menyebabkan sakit perut.
Katanya "Nanti ambik pegaga 1 genggam dan daun kucai 1 genggam. Air 1 cawan. Orang dulu tumbuk kesemua ini. Laa ni, blender ajelah. Kemudian tapis. Minum airnya beberapa hari hingga hilang rasa sakit. Ini cara nak bersihkan usus" Rugi tak sekiranya tak nak mengamalkan petua Tok Bidan ini. Mudah saja.. kan!
Jangan Biarkan Sembelit Melarat, Amalkan Petua Cuci Usus Ini...
Berikut resepi yang Tok Bidan berikan :
Bahan:
1 genggam pegaga segar
1 genggam daun kucai
1 cawan air
Cara:
Pegaga dan kucai di basuh bersih. Kemudian campurkan dengan 1 cawan air. Blender dan ditapis airnya dan minum. Lakukan setiap hari hingga sembuh. Amalkan berterusan sekali sekala untuk mengelakkan dan menjauhkan sembelit dari terjadi lagi.
Resepi ini sangat sesuai untuk menjaga kesihatan usus. Menurut kajian yang dilaporkan oleh Journal of the National Cancer Institute pada tahun 2002 memang kandungan di pegaga dan daun kucai mengandungi sejenis bahan yang boleh mengelakkan terjadi cancer perut atau usus.
Rasa ramuan ini memang sedap. Jadi, jangan bertangguh lagi untuk cuci usus anda. Badan sihat, otakpun cergas dan tiada masaalah kesakitan akibat sembelit yang mengganggu. Sangat sesuai pada orang-orang yang tak suka makan sayur.
Nak dapatkan pelbagai informasi dan petua di blog ini, klik SINI
p/s: Nanti nak cuba amalkan petua ini. Suka dengan petua lama macam ni. Untuk si pemberi petua dan yang menyebarkan di ucapkan ribuan terima kasih atas hebahan ini... tq!
#kredit FB suzy honey
great sharing
ReplyDeleteinsyaallah nanti boleh try. selalu gak ada masalah pembuangan ni
ReplyDeleteOhhh begitu caranya. Kalau makan sebagai sayur ... ada ulam pegaga dgn kucai masak kicap ... boleh tak? huhu.
ReplyDelete