Apabila perut buncit semakin meyerlah, mesti sibuk nak memcari cara agar bentuk perut tidak ketara apabila memakai baju. Kebiasaannya tidak dapat di sembunyikan lagi bentuk perut itu melainkan kena cari cara kempiskan perut. Macam-macam cara ada di perturunkan tapi yang mana satukah cara paling berkesan untuk kempiskan perut?
9 Cara Kempiskan Perut Buncit Secara Realistik Dan Berkesan |
Pasti perasaan rimas dan tak selesa bila perut buncit. Nak pakai seluar dan baju pun susah dan sendat sehingga perut buncit pun memgelebeh terkeluar. Tak kisah ke, jika anda berperut buncit, tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika tidak menjaga pemakanan, bukan sahaja perut menjadi buncit, tahap kesihatan pasti akan terjejas.
Nak kempiskan perut pun kenalah realistik dan praktikal. Usaha mempraktikkan apa yang dikongsikan, mempunyai disiplin dan mental yang kuat, impian anda untuk memiliki perut yang slim pasti menjadi kenyataan. Kaedahnya mestilah menggunakan cara yang betul. Jaga pemakanan adalah salah satunya. Seterusnya amalkan 7 cara kempiskan perut ini. Pasti boleh!!
9 Cara Kempiskan Perut Buncit Secara Realistik Dan Berkesan
- 1 - Minum Air Limau/Lemon
Digalakkan setiap pagi sebelum mengambil sebarang sarapan pagi atau hidangan, minum dahulu segelas jus limau untuk membuang sisa-sisa makanan dalam perut dan juga asid yang tertinggal di dalam perut. Selain jus limau, boleh mengantikan dengan air lemon yang terkenal dengan minuman detox bagi membuang angin di dalam perut yang menjadi penyebab masalah perut buncit.
- 2 - Minum Air Suam dan Air Putih
Apabila kita banyak minum air putih atau air masak. Ia akan mencairkan sodium (garam) di dalam badan kita sehingga boleh menaikkan jumlah air di dalam badan kita keluar. Elakkan daripada minum air yang sejuk ketika makan kerana ia akan melambatkan proses pencernaan makanan di dalam perut. Secara tidak langsung menjadikan perut semakin membuncit.
- 3 - Hentikan pengambilan gula putih
Antara cara mengempiskan perut yang paling mudah dan praktikal adalah anda perlu menghentikan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman. Ada banyak kajian yang menunjukkan pengambilan gula berlebihan, yang selalunya melibatkan pengambilan fruktos yang banyak, akan membawa kepada pengumpulan lemak di perut. Jadi, kalau anda tidak mahu perut boroi atau mahu mengempiskan perut, elakkan gula putih ya!
- 4 - Kurangkan Pengambilan Makanan Bergaram
Tanpa kita sedar pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi adalah penyebab utama masalah perut buncit yang di alami oleh kebanyakkan orang pada hari ini. Garam akan menghalang atau melambatkan proses air keluar dari badan dan air yang banyak di dalam perut akan menghasilkan gas-gas penyebab masalah perut buncit.
- 5 - Ambil makanan kaya dengan protein
Mengambil hidangan menu yang tinggi protein adalah satu cara mengempiskan perut yang efektif. Protein yang anda ambil akan melepaskan hormon PYY, iaitu hormon yang berkaitan dengan kelaparan dan kekenyangan. Apa yang berlaku adalah hormon ini akan menghantar isyarat ke otak dan memaklumkan badan kita yang kita sudah kenyang. Maka, anda akan cepat berasa penuh dan tidak perlu lagi memakan tanpa henti.
- 6 - Ambil hidangan yang tinggi dengan serat
Cara mengempiskan perut buncit yang seterusnya adalah ini: masukkan serat ke dalam pengambilan hidangan anda setiap hari. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan serat. Ia membantu membentuk gel di saluran pencernaan dan menyebabkan makan bergerak lebih lambat. Anda tidak akan berasa lapar dengan cepat dan kurang mempunyai rasa untuk makan. Ia seterusnya membantu untuk mengurangkan pengumpulan lemak di perut.
- 7 - Kunyah Makanan Sehingga Betul-betul Hancur
Ramai yang ambil mudah dengan cara makan yang cepat dan gopoh. Kesan daripada pemakanan yang gopoh juga boleh menyebabkan perut buncit. Sebaiknya kunyah lah makanan yang dimakan sehingga hancur atau mengikut Sunnah nabi Muhammad SAW adalah kunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum menelam makanan tadi.
Ini dapat memberi peluang kepada perut untuk lebih cepat menghadam makanan yang dimakan dan perut tidak perlu berkerja dengan kuat untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan zat kepada tubuh.
- 8 - Puasa Sunat pada Hari Isnin dan Khamis Atau Intermittent Fasting
Ibadah puasa dilakukan oleh Muslim dan Non-muslim (mengikut cara ibadah masing-masing) adalah tips yang terbaik untuk di amalkan bagi menghilangkan masalah perut buncit. Menahan lapar dari pagi sehingga magrib adalah diet yang terhebat sepanjang zaman untuk kempiskan perut.
Berpuasa juga dapat memberi peluang kepada perut untuk berehat daripada bekerja tanpa henti yang boleh menyebabkan perut tidak dapat bekerja dengan maksimun. Intermittent Fasting adalah diet puasa berperingkat hanya di bolehkan minum air yang tiada kalori mengikut kesesuaian setiap individu itu sendiri.
- 9 - Buat Seat-up Gerakan badan Latih Tubi, Senaman Dan Jogging
Dengan melakukan aktiviti seat-up secara berbaring, pegang pada bahagian kepala dengan kedua-dua belah tangan. Angkat kepala beserta badan secara serentak dengan kaki (dalam keadaan yang bengkok) sebanyak 8 kali sehari sahaja. Hasil boleh di lihat seawall seminggu jika anda berdisplin melakukan setiap hari tanpa jemu.
Selain itu boleh menambahkan aktiviti berlari anak atau lebih dikenali sebagai “berjogging” terutama di awal pagi dan anda juga dapat menghirup udara yang segar. Disiplinkan diri untuk melakukan aktiviti ini secara rutin atau pun boleh juga dilakukan 3 kali seminggu bagi mengurangkan masalah perut buncit anda.
Tepuk dada tanyalah diri sendiri samaada rela berperut buncit selamanya tanpa perlu berusaha untuk mengempiskan dan menghilangkan perut buncit dari tubuh anda. Berusahalah dengan secara realistik tanpa perlu bergantung dengan produk yang belum tentu berkesan. Kebiasaannya tak berkesan pun!
Anda pasti akan mendapat hasil yang memuaskan hati . Bukan hanya perut buncit hilang, Tubuh badan pun akan menjadi lebih ringan dan kurus dengan sendirinya. Seterusnya badan akan lebih sihat wal'afiat. Pecayalah!
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Aku sudah melakukannya, anda bila lagi nak buat perubahan... hehe!
Tapi tak ramai orang yang berjaya mengempiskan perutnya.
ReplyDeleteLepas ini boleh Naim try.. Terima kasih share informasi
ReplyDeleteBuncit sikit2 x apa sbb org lelaki boroi ni nampak lebih bergaya. Hehehe...
ReplyDeletebanyak dah tips.. tapi nak istiqomah buat dan laksanakan setiap hari tu la yang malas.
ReplyDelete