30 September 2019

Stressnya.... Nak Kongsi Cara Menangani Stress Lah!

Kadangkala dalam hidup ini terasa bebanannya atau yang lebih di kenali sebagai stress. Sesak dalam dada yang diri sendiri saja yang merasa. Dari luaran nampak biasa, tapi stressnya tu tak ada siapa yang tahu. Tekanan dan bebanan tu @ stress  boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Stressnya.... Nak Kongsi Cara Menangani Stress Lah!
Stressnya.... Nak Kongsi Cara Menangani Stress Lah!

Bayaran dan bil yang perlu di langsaikan tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada keperluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita. Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif,  perasaan  bimbang mengenai perkara yang mendatang itu sentiasa berlegar di fikiran. Stressnya... kan!



Tahap stress yang tidak terkawal boleh mengakibatkan depresi atau kemurungan. Namun begitu, stress bukanlah penyakit yang rumit dan boleh dirawat dengan mudah. Menangani stress adalah mudah dan senang sekiranya kena dengan caranya. Jom kita semak cara menangani stress yang terbaik ini. 

Stressnya.... Nak Kongsi Cara Menangani Stress Lah!


- 1 - Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini.  Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta. Bukankah orang tersayang dan terdekat dengan kita akan lebih memahami?

- 2- Lakukan perkara yang menggembirakan diri

Cipta hobi yang boleh buat anda gembira melalukukannya seperti menyanyi, melukis, menari dan sebagainya. Selain itu, gembirakan orang yang anda sayang. Sekiranya mereka gembira, anda juga gembira. Apabila gembira, anda akan lebih kurang merasai stress. 

Walaupun penghidap stress akan senyum atau ketawa pada perkara yang mudah dan kecil, kawalan stress dengan cara ini dapat membantu. Kalau suka shopping, boleh pergi shopping, setidaknya window shopping sajalah!

- 3 - Berehat dan tidur

Keletihan adalah salah satu punca stres. Dalam keadaan badan yang letih, minda anda tidak dapat berfikir dengan baik justeru menyebabkan kawalan badan dan minda yang kurang. Purata jangka masa tidur yang sesuai untuk orang dewasa ialah 4 hingga 6 jam.

Tidur sebentar diwaktu siang juga mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

- 4 - Uruskan diri anda dengan teratur

Pastikan persekitaran anda kemas dan bersih. Suasana sekeliling yang kecoh dan kelam-kabut membuatkan minda anda serabut. Susun atur perabut dan barangan dengan teratur supaya anda mudah berfikir dan menyelesaikan tugasan yang ada. 

Sekiranya anda mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan, rancang tugas anda. Sediakan buku perancang (planner) supaya tugas yang hendak diselesaikan dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

- 5 - Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif. Alihkan fikiran anda ke arah sesuatu yang positif. Sekiranya anda sedang menghadapi pelbagai masalah, redha serta juga berfikir tentang jalan penyelesaian terbaik.

- 6 - Beri ganjaran pada diri sendiri

Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?

- 7 - Menikmati jus buah-buahan

Cuba untuk minum jus buah-buahan seperti oren, mangga, tembikai dan lain-lain. Hal ini kerana minuman berjus merupakan salah satu aromaterapi yang mana buah-buahan menghasilkan bau yang menyegarkan dan membantu anda untuk berfikir. 

Jadi, minumlah dan nikmatilah segelas jus buah-buahan kerana jus bukan sahaja sihat tetapi mengurangkan stress anda!

- 8 - Membaca buku 

Ideanya membaca buku adalah dengan melakukannya  pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan si pembaca menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat sendiri, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah  terlepas untuk buat seketikan waktu. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca. 

- 9 - Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja. Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

- 10 - Solat

Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan stress? Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.

Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.

Akhir kalam, hiduplah secara sederhana untuk menangani stress. Jauhkan perkara negatif dan sentiasa terapkan nilai-nilai positif dalam diri. Tak semua stress adalah perkara buruk. Kadang kala stress menjadikan kita lebih berusaha mencapai apa yang kita mahukan dengan lebih kuat dan tabah. 

Jadi, tenangkan diri senantiasa. jauhi perkara yang boleh menjadikan kita stress. Sekiranya tidak boleh, tanganilah stress dengan sebaik-baiknya. Insya'allah!

Nak baca pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Aku ni stress memikirkan persiapan pindah rumah lah ni, tak tahu nak bermula berkemas dari mana... haihh!

#google


3 comments:

  1. yes...baca quran antara cara yg sy buat lately utk kurangkan stress..belum dapat nak istiqomah tp sy cuba sebab itu je cara nak elak dr gangguan syaitan yg sifatnya memang memudaratkan.

    ReplyDelete
  2. tgh stress sbb budak2 nak periksa spm x sampai sebulan lagi. cikgunya lagi stress bila anak2 muridnya mcm belum bersedia nak masuk dewan periksa. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. No 3 dan no 8 antara perkara yang seronok dilakukan bila stress selain no 9 yang memang menjadi kewajipan kita..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...