Resepi nasi ayam ada pelbagai cara. Sudah banyak cara aku buat, cara yang inilah yang paling sedap bagi aku rasanya. Tak jauh beza pun juga. Cuma aku nak kongsi resepi nasi ayam ini untuk tatapan dan pengetahuan aku dan anak-anak pada kemudian hari. Entah kenapa nasi ayam yang aku masak kali ini lebih sedap dari biasa... hehe!
Resepi Nasi Ayam Yang Biasa Tapi Rasa Luar Biasa, Bagi Tekak Aku lah.. Hehh! |
Sebenarnya resei biasa saja. Tak ada penambahan apa-apa cara yang lain pun. Cuma agak berbeza dari orang lain kot. Aku ini selalu nak buat untuk memudahkan cara dan mempercepatkan proses menasak saja. Tak terlebih dah terkurang ikut cara dan kreativiti masing-masing.
Ada orang suka ayamnya di goreng. Ada juga hanya di rebus dan di perap sekejap ala-ala nasi ayam hainan tu. Aku pula suka ayam yang di perap dan di bakar atas pan bagi agak-agak garing lebih kurang kulitnya gitu. Nampak lebih menarik dan sedap baunya. Rasa pun menggiurkan juga... haha!
Resepi Nasi Ayam Yang Biasa Tapi Rasa Luar Biasa, Bagi Tekak Aku lah.. Hehh!
Bahan-bahan:
Bahan untuk sup:
3 keping bahagian dada bersama paha
5 tangkai batang daun sup bersama akarnya
Sebesar ibu jari halia
1 ketul kiub ayam
Air secukupnya
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam campur air biasa
3 sudu majerin
1 inci halia
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
Bahan untuk perap ayam:
Ayam yang di rebus dan di toskan
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan untuk sambal merah
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
Sedikit air rebusan ayam
Sedikit tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh di tambah cili api
Bahan untuk sambal kicap:
Ambil dari sisa perapan ayam
Tambah sedikit air rebusan ayam
Bahan iringan:
Timun
Tomato
Cara buat sup/air rebusan ayam
Ayam di bersihkan dan tak perlu di potong. Halia di buang kulitnya dan ketuk separuh hancur. Batang, daun dan akar daun sup di bersihkan dan di potong-potong. Daunnya di ketepikan dahulu. Selepas itu masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya hingga tenggelam ayam di dalamnya. Masukkan sekali halia, batang daun sup serta kiub ayam. Didihkan sehingga daging ayam empuk lebih kurang 15 - 20 minit. Selepas itu keluarkan ayam dari air rebusan dan toskan untuk di perap.
Cara buat nasi ayam
Beras di bersihkan dan di toskan. Daun pandan di bersihkan dan di simpul. Halia bawang merah dan bawang putih di tumbuk lumat. Tumiskan marjerin di dalam periuk nasi. Setelah itu masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga daun pandan. Tumis sehingga bahan tumis berbau wangi. Masukkan beras dan air. Air itu adalah air rebusan ayam yang di buat sebelumnya. Untuk air rebusan itu, jangan habiskan untuk nasi saja. Tinggalkan dalam secawan setengah untuk membuat kuah sup nanti. Sekiranya tak cukup untuk masak nasi, boleh tambah air biasa. Perasakan dengan garam dan gula untuk nasi ayam ini. Bolehlah di masak seperti biasa.
Cara buat ayam perap/ayam bakar
Tumbuk lumat halia dan bawang putih. Di dalam sebuah bekas, lumur ayam bersama dengan bahan tumbuk, kicap, sos tiram, madu, gula merah dan serbuk lada hitam. Biarkan sebentar. Lagi lama perap, lagi sedap ayam bakar ini nanti. Bakar ayam di dalam pan bersama sedikit minyak masak sehingga kedua-dua belah ayam nampak kegaringan. Selepas itu potong-potong ayam untuk di hidangkan. Sisa perapa ayam di isi ke dalam sebuah bekas di campur sedikit kuah rebusan ayam dan di tambah hirisan daun sup di hidangkan bersama nasi ayam sebagai kuah/sambal kicap.
Cara buat sambal merah/cili
Cili merah dan bawang putih di kisar halus bersama air rebusan ayam secukupnya. Untuk yang suka pedas bole tambah cili api. Panaskan bahan kisar di dalam periuk bersama cuka dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan kepekatannya dengan tepung jagung dan didihkannya. Dah siap, bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam. Sambal cili ni kalau nak senang, pakai cili sos dalam botol je. Lebih sedap pakai cili sos thai tu.. haha!
Lebihan air rebusan ayam/ sup di didihkan tambah sedikit serbuk lada hitam. Tutup api dan tabur daun sup dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam, ayam bakar, sambal kicap, sambal cili dan bahan iringan iaitu timun dan tomato.
Sesekali makan nasi ayam sedap juga. Tapi boleh buat sesekali sahaja. Bukannya apa, banyak sungguh prosesnya tu. Nak makannya sekali hadap dah habis seperiuk nasi sekeluarga. Lagipun bukan boleh makan ulang-ulang. Bila dah sejuk tak sedap rasanya dah. Makan panas-panas lebih umpphh!!!
p/s: Paling suka bila anak-anak asyik memuji sedap.. Aku rasa faktor beras kot. Aku guna beras rebus cap gajah (beras yang kurang kanji, sesuai untuk yang menjaga kesihatan dan pemakanan).. keh.. keh!!
Baca entry ni terus lapar perut ni
ReplyDeleteNasi ayam sedap pada nasinya. Kalau kena cara masak nasi tu, memang bertambah-tambah makan.. :)
ReplyDelete...
Nasi ayam yg sedap bila ayam dia byk. goreng garing ada rasa rangup2 hangit tuu. sos tomato dia, sup ngam dgn sambal halia yumssss
ReplyDeletefavourite ni .. antara menu yang tak jemu makan adalah nasi ayam..
ReplyDelete