Menu berpantang untuk kaum ibu selepas bersalin bukanlah susah untuk di buat. Ia bagaikan menu diet eat clean juga. Kali ini aku nak kongsi menu berpantang yang aku dapat dari dalam facebook untuk di tatap dan di ikuti oleh para ibu yang baru lepas bersalin. Ini hanya menu yang mudah dan tak payah susah-susah untuk membuatnya.
Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap |
Berpantang itu adalah perkara wajib bagi mana-mana kaum ibu berketurunan Melayu di Malaysia yang baru selepas bersalin atau yang baru keguguran. Ini kerana, dengan berpantang, ia membantu agar tubuh ibu kembali segar semula. Aku tak tahu dan past di negara lain atau kaum lain hal berpantang ini. Mungkin ada juga yang berpantang seperti kaum Melayu kerana kebiasaannya di seluruh kepulauan Melayu di nusantara ini cara berpantang agak sama.
Ibu berpantang sememangnya di larang mengambil makanan yang sejuk, berminyak dan berlemak. Ia di takuti akan memudaratkan diri selepas bersalin. Makanan kena di teliti dan di sarankan makan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, bawang putih, lada hitam, kunyit dan beberapa jenis makanan lagi.
Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap
Di sini di syorkan beberapa resepi menu makanan berpantang yang boleh di ambil dan di buat oleh ibu-ibu yang sedang berpantang:
- Siakap Stim
Bahan:
Ikan siakap
Bawang putih - hiris
Bawang merah - hiris
Halia - hiris
Serai - hiris
Lada hitam
Air limau nipis - boleh tukar air asam jawa
Daun ketumbar
Gula
Cara:
Letak semua bahan hiris dan bahan lain di atas ikan. Kukus ikan sehingga masak.
- Ikan Bakar Berempah
Bahan:
Ikan - boleh guna ikan tenggiri, selar, haruan, merah, senangin dan beberapa jenisa ikan lagi asalka yang tak gatal
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Halia - tumbuk
Kunyit - tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
garam
lada hitam
Cara:
Lumurkan semua bahan pada ikan. Bakar ikan sehingga masak..
- Ikan Bilis Berkunyit
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara:
Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, Masukkan juga air asam. Masak hingga mendidih.
- Serunding Halia
Bahan:
Halia
lada hitam
Garam
Ikan bilis - goreng
Bawang putih - goreng
Cara:
Sagat halia dan perah/tapis airnya. Goreng halia yang di sagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng,toskan minyak. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam. Gaul sebati..dan simpan dalam bekas. Boleh tahan lama di simpan. Buat banyak, boleh makan untuk seminggu.
- Ayam Masak Lada Hitam
Bahan:
Ayam
Bawang putih -hiris
Bawang merah -hiris
Halia -hiris
Sos lada hitam
Sedikit sos tiram (tak letak pun tak apa)
Lada hitam
Air
Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air (ikut banyak mana nak kuah). Kemudian masukkan ayam..masak sehingga ayam masak. Kemudian masukkan garam,gula dan lada hitam. Siap. *Boleh juga masukkan semua bahan dalam periuk dan rebus sehingga masak, tak perlu tumis.
- Daging Goreng Kunyit
Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara:
Perap daging dengan kunyit,garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit,ketepikan. Masukkan daging tadi ke dalam kuali,masukkan sedikit air..masak sehingga air daging kering dan daging empuk. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah..gaul sebati. Siap!
Untuk bakal ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin, bolehlah gunakan resepi ini nanti waktu berpantang nanti. Resepi-resepi ini semuanya berkhasiat dan mudah di sediakan. Pendek kata, campak- campak saja dah siap. tak memerlukan masa yang panjang. Untuk yang sedang berpantang, nikmatilah waktu berpantang dengan sebaiknya.
Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Macamlah aku nak berpantang lagi... Oh tidak.. hahaha!!!
#Kredit Resepi FB Nor Sofiah Hussin
sedapnya laut berpantang. thanks for sharing resepi..
ReplyDeleteikan masak stim tu fuhhhh. org yg tak pantang pun sebat jugak selalu hahha. pantang la, pantang tgok hehehe
ReplyDeleteni bukan orang mengandung je, orang tak mengandung pun suka hehe
ReplyDelete