Aku pun dah lupa bila buat mee hailam cara aku yang versi bajet ini. Mungkin berbulan-bulan dulu. Banyak sungguh gambar masakan aku di folder telefon bimbit yang belum aku jadikan entri lagi. Yang pasti aku ingat masak mee hailam ini secara mudah sangat. Bahan pun tak seberapa banyak. Jadilah mee hailam cara aku yang versi bajet punya... hihi!
Pic Mee Hailam Cara Aku Yang Versi Bajet Punya... Hihi! |
Biasa makan di kedai pun taklah sesedap mana. Bahan-bahannya pun kalau udang dan sotong tu jangan tidak saja. Versi aku ini udang dan sotong entah kemana menghilang @ tak ada. Yang ada hanya isi ayam dan fish cake saja. Apatah lagi aku terlupa nak pecahkan telur dalam mee hailam ini sewaktu mee sedang mendidih... hahaha!
Alahamdulillah lah, sedap tak hinggat juga rasanya. Anak-anak tak komplen langsung. Terus bagi mata penuh dan mengatakan lazat sangat. Dorang ni biasanya tak suka mee kuning. Tapi masak mee hailam ini, kena pula dengan tekak dorang. Padahal tak cukup bahan tu. Kalau bahannya berkecukupan, apatah kan lagi sedapnya.
Resepi Mee Hailam Cara Aku Yang Versi Bajet Punya... Hihi!
Bahan-bahan:
2 bungkus mee kuning
1 cawan isi ayam yang di hiris nipis
3 keping fish cake
2 tangkai sawi yang di potong pendek
Segenggam hirisan kobis
2 biji cili merah
4 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 dari seketul kiub ayam
2 biji telur
1 bji tomato
Air secukupnya
Minyak masak juga secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bawang putih di ketuk pecah-pecah. Cili merah di hiris menyerong. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga berbau wangi. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut.
Apabila ayam lembut, masukkan fish cake. Kacau rata. Masukkan kiub ayam, kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau dan biarkan mendidih. Waktu ni, kalau korang nak letak lebih air dan berkuah lebih, ikut suka korang lah.
Masukkan pula sayur sawi, kobis dan jika suka, masukkan tomato yang di potong-potong. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula waktu ini. Seterusnya sekiranya tak terlupa, masukkan telur. Biarkan telur mengeras dan nampak berserpihan dan kacau perlahan-lahan.
Selepas tu angkat dan bolehlah di hidangkan. Kalau nak, boleh taburkan daun bawang dan daun sup sebagai penyedap rasa dan hiasan.
Itu sajalah resepinya. Tak ada udang dan sotong resepi aku ini. Kalau korang nak letak, udang, sotong, daging atau kepah, kerang sekalipun, ikut sukalah. Ini resepi bajet aku yang ringkas saja. Tapi sudah aku pastikan rasanya memang lazat dan kena dengan selera kami sekeluarga.... Selamat mencuba!
Nak pelbagai resepi masakan di blog ini, klik SINI
p/s: Aku yang masak, mestilah keluarga aku kata sedap.... Kang merajuk gantung periuk nanti, dorang jugak yang terpaksa berlapar.. keh, keh, keh!
Walaupun akma kata Mee hailam versi bajet tetapi mampu membuat LZ rasa lapar bila tengok mee hailam ni.. Menggoda okay..
ReplyDeleteLama tak makan mee hailam. Rajin akak share resepii. Buat rasa mcm nak try jaaa hehe
ReplyDeleteammi kalau mee hailam suka yg ada daging.
ReplyDeletePernah juga buat versi bajet ni... Tapi rupanya mee ni nak sedap kena buat sikit dan bila nak makan baru masukkan kuah dia... Itu utk makan satu family la.. Kalau nak makan sorg.. Cukup skelai masak...
ReplyDeletemee hailam best. nampak gambar ni, terasa nak cari pula
ReplyDeleteWalaupun bajet tetap menyelerakan..
ReplyDelete