23 September 2019

Resepi Ikan Stim @ Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat di FB...

Semenjak aku berjinak-jinak dengan diet ini, semestinya nak makan yang hanya di kategorikan makanan sihat dan berkhasiat sahaja. Jadi, aku google di FB. Macam-macam cara dan gaya menyediakan ikan stim @ kukus yang ada. Nanti aku nak cuba satu persatu untuk menu diet sihat aku ini. Menyediakan ikan stim @ kukus ini tak sesusah mana pun. Lagi susah kalau nak memasak lauk gulai dan rendang tau... heh!

Resepi Ikan Stim @ Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat di FB...
Resepi Ikan Stim @ Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat di FB...

Gigih aku mencari resepi-resepi ini untuk di muatkan di artikel ini. Nanti senanglah aku nak mencuba membuatnya satu persatu tanpa perlu tercari-cari lagi. Buka saja blog sendiri dan cari artikel ini, sudah tersedia resepi yang aku nak gunakan. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Tak gitu...?



Aku ambil resepi yang senang-senang saja. Al-kisahnya, campak-campak dan pejam mata pun boleh siap. Yang susah hanya sebab nak menyiang ikan tu saja. Tapi kalau dah selalu buat, mahir lah jadinya. Kiranya kena rajin ke dapur dan selalu melakukan kerja di dapur. Barulah jadi mudah kerja di dapur... kan!

Resepi Ikan Stim @ Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat di FB...


- 1 -  Ikan Siakan Masak Stim Lemon

Bahan:
1 ekor ikan siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 pokok daun bawang

Cara:

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian. Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih. Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. 

Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula. Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.

Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit kemudian dan siap untuk dihidang.

#sumber D'mahligai Scarf

- 2 - Ikan Stim Halia

Bahan:

2 ketul isi ikan
Serbuk lada sulah
sedikit garam
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 biji bawang besar dihiris
sedikit daun bawang dan daun sup

Cara: 

Letakkan serbuk lada sulah pada ikan. Taburkan hirisan bawang putih, bawang besar dan halia. Taburkan juga hanya sedikit garam.

Kukus sehingga masak. Bila ikan sudah masak tutup api. Taburkan daun bawang dan daun sup. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba menu sihat untuk keluarga..

p/s: Boleh gunakan ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan kerisi, ikan bawal emas, ikan merah dan ikan kerapu.

#sumber Roshima Ibrahim Shima

- 3 -  Ikan Bawal Emas Stim Kicap

Bahan-bahan untuk stim
Bawang besar 1biji
Bawang putih 3 ulas
Halia secukupnya
Cili api
garam
lada sulah

Bahan-bahan untuk kuah
3 sudu kicap manis/atau lebih
Bawang putih dan bawang merah
Sekeping asam kering
Cili api

Cara untuk stim ikan:
Cuci ikan sampai hilang bau.Tabur garam dan lada sulah,kemudian tabur semua bahan diatas ikan. Masuk jugak bahan ke dalam perut ikan. Kukus dgn api besar selama 15 minit.

Cara untuk membuat kuah: 
Tumis bawang putih dan bawang merah smpai garing dan wangi. Masuk 3 sudu kicap manis/atau lebih, sekeping asam keping dan cili api.

Tambah secawan air, perasakan masin masam dan manisnya. Biarkan merenih 5 minit. Bila dah siap,tuang kuah ke atas ikan..

*tips untuk masak bawal emas
basuh ikan bawal dengan limau nipis/lemon,lumur sekali dengan tepung gandum. Biar setengah jam.. baru masak/kukus 

Ikan bawal emas yang sudah siap dikukus itu  boleh lah  tuangkan kuah kicap ke atas ikan.

sumber: FB murni rahmat

- 4 -  Ikan Siakap Kukus Nyonya Style

Bahan:

1 ekor ikan siakap (bersihkan ikan)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Sos thai secukupnya
Jus limau nipis secukupnya ( saya guna 1/2 biji lemon)
Garam,gula, perasa secukupnya.

Cara: 

Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.  Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.

Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!!!

#sumber Spilla Restaurant

- 5- Ikan Stim Tauchu

Bahan:

1 ekor ikan siakap (bersihkan)
15 biji cili padi (hiris)-ikut kepedasan masing2
1 biji cili merah (hiris)
1 btg serai (hiris)
1 biji tomato ( hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
3 sudu besar tauchu
1 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu besar sos ikan
garam & gula ( secukup rasa)
1/2 cawan air panas

Cara:

Panaskan pengukus. Campurkan semua bahan2 kecuali ikan dlm satu mangkuk. Rasakan gula dan garam secukupnya.

Tuang rata-rata atas ikan dan  kukus selama 15-20 minit. Siap dihidang. Selamat memasak unutk orang tersayang!!.

#sumber Puan Ida (MAHN)

- 6 - Ikan Kukus Asam Boi

Bahan:

1 ekor ikan yang sesuai utk kukus (siakap, kerapu @ bawal emas)
5 ulas bawang putih ~ ketuk
2 batang serai ~ hiris
1 inci halia ~ hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih @ lebih
4 biji cendawan shitake~ di rendam dan hiris nipis
2 biji tomato ~ dipotong dadu
Daun ketumbar ~ dicincang kasar
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis diambil jusnya
Cili padi ~ ikut kepedasan masing2 ~ hiris@ketuk
Garam ~ jika perlu ~ tak letak sbb sos ikan dah masin
Gula secukup rasa

Cara: 

Rendam asam boi dgn air panas) air paras asam boi, jangan banyak sangat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.

Basuh ikan dan cuci bersih. Letak ke dalam pinggan @ mangkuk tahan panas yang sesuai. Susun @ tabur bahan2 lain ke atas ikan. Kemudian satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, sos tiram, jus limau nipis, gula dan garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.

Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali. Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak. Rasakan masam, manis dan pedasnya. 

Taburkan daun ketumbar. Angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba... :)

#sumber FB Page Buku Resepi

Inilah 6 jenis resepi yang wajar aku cuba nanti. Pada yang membaca artikel ini untuk menyalin dan mencuba resepi-resepi ini sangat di alu-alukan. Aku tengok gambar sahaja sudah menampakkan ianya sedap dan meleleh air liur. Rugi kakau tak cuba memasak ikan stim @kukus pelbagai citarasa ini. Jom merajinkan diri... hehe!

Nak lihat pelbagai resepi dan informai di blog ini... Klik SINI

p/s: Nak cari ikan sesuai untuk memasak lauk ni... haih!

3 comments:

  1. Kalau kat restoran, ayah kc suka order ikan siakap stim lemon. Sedap katanya. Saya pun cuit sikit rasa, umphh dap hehe

    ReplyDelete
  2. selalu buat stim halia & stim nyonya... (sy prefer stim nyonya sbb ada masam-masam sikit)

    ReplyDelete
  3. Sha suka stim lemon/limau dan halia.. Yang lain-lain tu tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...