Mee segera adalah makanan murah dan senang di sediakan. Inilah yang menyebabkan mee segera di sukai ramai orang. Apatah lagi sekarang mee segera perisa ala-ala korean berleluasa di pasaran. Pada orang yang belum berkahwin atau bujang, mee segera adalah menjadi pilihan terutama waktu hujung bulan. Tapi, betul ke, sebungkus mee segera lebih rendah kalori berbanding nasi putih. Mari kita lihat fakta berikut.
Perbandingan Mee Segera Dan Nasi, Yang Mana Lebih Rendah Kalorinya... |
Ramai orang merasakan mee segera ini makanan ringan kerana ia memberi rasa kenyang yang sementara berbanding nasi. Jadi, pada fikiran mereka kalori mee mesti jauh lebih rendah. Fakta sebenar, satu hidangan mee segera 700g mengandungi 370 kalori sedangkan nasi putih dengan berat yang sama hanya mengandungi 91 kalori. Ternyata mee segera mempunyai 4 kali kalori lebih tinggi dari nasi. Banyaknya... kan!
Kandungan protein dan serat dalam mee segera juga rendah, sedangkan kedua jenis zat ini sangat penting untuk diet. Di bandingkan dengan karbohidrat dan lemak, protein lebih di perlukan dalam pembentukan darah, kulit, otot dan tulang. Adalah lebih baik makan nasi bersama dengan protein sebenar seperti ayam, ikan atau daging. Tambah pula dengan sayuran untuk serat. Lebih menyihatkan dan mengenyangkan. Tak gitu?
Perbandingan Mee Segera Dan Nasi, Yang Mana Lebih Rendah Kalorinya...
Satu kajian mengejutkan pada 2014, risiko wanita yang mengamalkan diet dengan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan mee segera sebulan, berisiko mengalami peningkatan gangguan metabolism kerana lemak dan simpanan tenaga dalam tubuh tidak terurai dengan betul. Timbunan lemak ini bukan hanya mengganggu penurunan berat badan tetapi juga berisiko untuk mendapat gangguan aliran darah, jantung, diabetes dan strok.
Kandungan sodium dalam mee segera juga boleh membuatkan seseorang mudah 'gemuk'. Malah jika di ambil terlalu berlebihan ia juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat haus. Oleh itu, minumlah air putih ikut keperluan tubuh badan yang di sarankan. Yang pasti, mee segera bukanlah makanan yang sesuai untuk diet.
Jika anda termasuk dalam kumpulan penggemar mee segera tegar, cubalah atasi dan kurangkan pengambilannya. Lebihkan mengambil bahan-bahan yang berkhasiat dalam pemakanan seharian. Tambahkan keperluan protein dan serat yang mencukupi dalam setiap hidangan. Misalnya tambahkan telur, sayuran hijau, ayam mahupun daging.
Seeloknya, jangan makan mee segera lebih dari satu kali seminggu. Kalau boleh tak payah makan langsung. Elakkannya dengan menyediakan makanan sihat dan kudapan yang mengenyangkan seperti oat, buah-buahan dan juga jus dari buah-buahan segar.
p/s: Nasib baik aku tak berminat dengan mee segera ini, apatah lagi mee segera perisa Korea tu. Busuk bau kulit udang lama... hahaha!
#sumber rasa.my
setuju! lebih baik makan nasi dengan ayam bakar dan sayur. lagi kenyang. hehehe
ReplyDeletepatut la makan maggi sebungkus hrini esok tu bru rasa kenyang hahahaha.. Akak!!! kenapa bau kulit udang lama hahahahahahhaha sedap laaaa
ReplyDeletenasi n mee segera, both sedap! bila dh kebulur, x kira kalori dh,bantai makan aje.hahaha
ReplyDeleteSA makan maggi sesekali je...tapi betul la..baik makan nasi kan
ReplyDeletesaya biasa kalau makan maggi ni, esoknya exercise lebih sikit hehe
ReplyDelete