Pemakanan sihat adalah penting untuk tubuh badan manusia. Apatah lagi semasa jerebu iaitu diri sentiasa terdedah dengan persekitaran kurang sihat. Pemakanan sihat semasa jerebu sangat perlu di titikberatkan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit berkaitan jerebu. Jadi, adalah perlu pemakanan sihat untuk mengatasi, sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk dengan pemakanan sihat semasa jerebu.
Mengatasi Sakit Tekak, Gatal Kerongkong Dan Batuk Dengan Pemakanan Sihat Semasa Jerebu |
Apabila fenomena jerebu melanda di negara ini, gejala penyakit berkaitan jerebu seperti mata berasa pedih dan berair, gatal kerongkong dan kerap batuk, hidung berair dan kerap bersin, sukar bernafas atau sesak nafas atau sakit dada, dan kulit badan berasa gatal akan menjadi-jadi pada para penduduk. Sekiranya hala ini terjadi, segeralah pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kesihatan yang berhampiran.
Mengatasi Sakit Tekak, Gatal Kerongkong Dan Batuk Dengan Pemakanan Sihat Semasa Jerebu
- Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi.
- Minum jus atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayurjuga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.
- Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika ingin juga makan di luar, pilihlah tempat makan bertutup dan berada dalam bangunan.
- Elakkan minuman mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.
- Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.
- Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan omega-3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Untuk meningkatkan pengambilan air, ambil makanan yang berair contoh seperti sup dan singgang.
Juga tidak di gakkkan berada di luar. Buatlah aktiviti riadah diadalam bangunan yang bertutup agar kesan jerebu dapat di jauhi seboleh mungkin. Semoga informasi ini beri manafaat kepada para pembaca semua. Seterusnya agar kita dan anda semua sentiasa sihat sejahtera.
Nak pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Budak-budak yang sering kena sakit tekak dan selsema ni, suruh minum air banyak nak sedap jer... haihh!
#sumber KKM
#pic fr google
Mudah2an masalah jerebu segera berakhir.
ReplyDeletePernah tak masa tgah duduk satu tmpat yg ramai org tpi sunyi mcm dewan exam. Tetiba ras agatal sgt tekak. nak batuk segan sbb org lain semua diam hahahaha tahan la smpai berair mata sbb gatal sgt
ReplyDeleterindu pula nak makaun lauk singgang.. :)
ReplyDelete...
memang SA x keluar la kak..duduk dalam opis je..nak2 SA ni fragile skit..
ReplyDeletetak lalu tengok jerebu ini..sakit kepala dibuatnya..
ReplyDelete