01 September 2019

Kerabu Pucuk Paku Ikan Pekasam Yang Sampai Terjilat-jilat Rasanya

Antara sayur kampung yang paling kami sekeluarga suka adalah pucuk paku. Biasanya pucuk paku aku masak lemak cili api. Kali ini aku buat kerabu. Bukan kerabu macam biasa tu, tapi kerabu pucuk paku ikan pekasam. Sedap sungguh kerabu pucuk paku ikan pekasam, sampai terjilat-jilat rasanya. Tak percaya, kena cubalah membuatnya, baru tau... hehe!

Kerabu Pucuk Paku Ikan Pekasam Yang Sampai Terjilat-jilat Rasanya.
Kerabu Pucuk Paku Ikan Pekasam Yang Sampai Terjilat-jilat Rasanya.

Pucuk paku ini walaupun ia sejenis sayur kampung yang biasanya di jumpai di hutan belukar tapi agak biasa di jual di pasar-pasar besar sekarang ini. Sayur ini sudah ramai penggemarnya jadi agak mudah untuk mendapatkannya. Di kampung lagi susah, kena meredah belukar untuk mendapatkannya.



Ikan pekasam pula tak juga susah untuk mendapatkannya. Ia sekarang banyak di jual di pasar ataupun di kedai runcit. Jual secara online pun sudah ada. Kalau tak jumpa di pasar atau di online boleh hubungi no. ini [017-6848524] untuk mendapatkannya. Tak susah, di hujung jari semua jadi mudah... haha!

Kerabu Pucuk Paku Ikan Pekasam Yang Sampai Terjilat-jilat Rasanya


Bahan-bahan; 

Secekak pucuk paku
2 ekor ikan pekasam gelama
1 biji limau nipis
5 ulas bawang merah
1 batang serai
2 sudu makan kerisik
1/4 biji kelapa parut
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 inci belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Pucuk paku di patah-patahkan menggunakan tangan. Bersihkan pucuk paku. Celur pucuk paku dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. 

Goreng ikan pekasam sehingga garing. Asingkan tulang dan kepala dari isinya. Isinya di  kokot menjadi hancur berderai.

Seterusnya toskan pucuk paku dan biarkan sejuk seketika. Tumbuk bawang merah, serai, cili merah, cili padi, belacan dan kelapa parut.

Masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan kerisik, jus limau nipis. 

Seterusnya masukkan pucuk paku dan ikan pekasam. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul sebati. Selepas itu bolehlah di angkat dan di makan bersama nasi panas.... Sedappp!!

Sekali dah makan teringat-ingat tau. Mesti tak berkecukupan dan nak buat lagi. Sedapnya hinggakan nak terjilat-jilat pinggan makan tu. Baunya saja sungguh memenangkan dek ikan pekasam itu. Sudah cuba baru tau rasanya.... 

Nak dapatkan resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Jangan lupa.. kalau nak beli ikan pekasam boleh hubungi no, ini, [017-6848524] tau!

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...