17 September 2019

Jalan-Jalan Naik Bukit, Turun Bukit Di Royal Floria, Putrajaya.... Cantik!

Minggu lepas aku sebuah tempat iaitu Taman Botani Putrajaya. Ada pameran bunga namanya Royal Floria, Putrajaya. Aku ke sini buat julung kalinya. Walau sudah banyak tahun pameran sebegini di anjurkan, inilah pertama kali aku tengok pameran ini. Cantiknya Royal Floria, Putrajaya ini. Penuh dengan bunga-bungaan yang di hias cantik.

Jalan-Jalan Naik Bukit, Turun Bukit Di Royal Floria, Putrajaya.... Cantik!

Waktu nak sampai dalam pukul 3 petang macam tu, nak cari parking tu dah menjajau tak tahu nak parking di mana. Di tunjukkan parking di atas bukit. Tengok kereta berbaris cari parking yang entah di mana. Jadi kani ikut orang parking di line tengah. Masa tu memang tak sedap hati. Tapi tak ada orang jaga parking pun. Nak tak nak sebab dah terkandas di tengah, parking je lah di situ.



Masa nak ke Floria di bawah tu, satu kesusahaan juga nak menuruni bukit ke bawah. Nak ikut jalan tar kereta tu, jauh juga. Tak ada pilihan, terketar-ketar aku menuruni bukit di celah-celah pokok besar tu. Nasib baik badan dah mengurus ni. Senang sikitlah nak mengawal kaki melangkah. Sampai juga ke bawah, kalau tidak mahu tergolek rasanya.

Jalan-Jalan Naik Bukit, Turun Bukit Di Royal Floria, Putrajaya.... Cantik!


Ramainya manusia di Royal Floria ni. Yang menariknya, hanya bunga-bungaan saja yang aku nampak. Apa lagi, berswafoto di sana sini orang ramai di situ. Cantik panorama bunga-bungaan yang di hias bermacam ragam di sana. Pelbagai tema di ketengahkan. Tak ada apa sangat nak di tengok selain berjalan-jalan tengok bunga dan berswafoto.

Nasib baiklah aku dah biasa jogging sebulan dua ini, tak adalah rasa letih dan pancit bagai. Kalau tidak, mau semput memusing kawasan pameran bunga ini. Memanglah cantik apabila banyak bunga-bungaan di sini, tapi yang banyaknya bunga orkid je lah. Di tambah hiasan pelbagai bentuk. Ada buaian, trek pejalan kaki semuanya berhias bunga... huhu!

Berkelah di tepi tasik Royal Floria, Putrajaya.... Best!

Di tepi tasik Taman Botani, Putrajaya ini, sempatlah aku dan anak-anak berkelah. Beli makanan yang banyak tersedia iaitu food truck di sekeliling kawasan tu. Seronok juga sesekali berkelah di tepi tasik. Tapi itulah, jerebu melanda, Masjid Putrajaya yang nampak dari kejauhan itu pun berkabus di buatnya... hahah!

Nak di jadikan cerita, balik ke kereta di atas bukit yang di lalui dengan susah payah, polis trafik dah tunggu dengan samannya. Patutlah aku tak sedap hati tadi. Apakan daya, habis semua kereta yang parking di garisan tengah jalan tu di samannya. Termasuklah kereta aku.... Alahai!

Ingatkan nak terus bayar, pergilah ke IPD Putrajaya. Katanya bayar pada hari bekerja saja. Nak tak nak terpaksa selesaikan lambat sikit. Ini pun belum bayar lagi ni, dalam beberapa hari ni akan di setelkan. Itulah, jangan nak seronok sangat, kerugian yang menanti. Lainkali aku kena beringat lebih. Pengajaran semuanya tu.

Nak dapatkan cerita dan catatan di blog ini, klik SINI

p/s: Pertamakali ke pameran bunga dah catit sejarah, padan muka aku. Itu di rahsiakan dari en. suami, kalau tidak, berbakul-baku bebelan mendapat nanti..... haha!

2 comments:

  1. selalu mcm tu. kalau rasa tak sedap hati tpi buat jugak mesti lpastu something wrong somewhere hahah. takpe lah dah berbunga2 tgok pameran bunga, dpt pulak surat cinta ;')

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...