Ramai yang mengatakan tempat menarik di Phuket adalah sebuah destinasi percutian yang sangat luar biasa. Aku belum pernah merasai ke sana. Ada semangat dan keinginan untuk menjejaki tempat menarik di Phuket ini. Daripada pulau dan pantai dengan pemandangan yang mampu membuat jiwa terbang ke angkasa hinggalah kepada pasar yang tidak ubah seperti syurga dunia dan memilih untuk bercuti ke Phuket adalah satu idea percutian yang terbaik. Begitulah kata mereka yang pernah ke sana.
Antara Tempat Menarik Di Phuket Yang Perlu Di Jengah Apabila Bercuti Ke Sana |
Di sini aku senaraikan beberapa tempat menarik yang wajar aku pergi apabila dapat menjejaki kaki ke sana nanti. Ada pulau, ada pantai, ada juga beberapa tempat menarik yang aku dapati di Phuket ini. Berkobar-kobar semangat aku membaca informasi ini. Apa tidaknya, suasana yang lain dari kebiasaan yang selalu di dapati di tempat sendiri.
Siapa kata untuk bercuti di luar negara anda perlu memiliki wang yang berkepuk-kepuk banyaknya. Percutian ke destinasi pelancongan yang bertaraf dunia ini terletak hanyalah bersebelahan dengan negara kita Malaysia yang hanya memperuntukkan perbelanjaan yang pasti membuatkan hati lega dan dapat membuat penjimatan berganda.
Antara Tempat Menarik Di Phuket Yang Perlu Di Jengah Apabila Bercuti Ke Sana
- 1 - Kata Noi Beach
Kata Noi Beach adalah sebuah pantai berpasir halus yang cukup menggoda. Airnya yang jernih kebiruan menambahkan lagi pesona pandangan. Yang menariknya lagi, Kata Noi Beach juga agak privasi jika dibezakan dengan pantai-pantai lain di sekitar Phuket kerana lokasinya yang agak tersorok dan jauh dari pusat bandar Phuket, menjadikan atmosfera sekitarnya terasa lebih santai.
Waktu yang terbaik untuk ke pantai ini adalah dari bulan Disember hingga April kerana airnya lebih tenang untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Manakala dari bulan Mei hingga Oktober pula, ombak besar mula menerpa menjadikan ia lebih sesuai untuk aktiviti surfing.
- 2 - Phuket Walking Street
Phuket Walking Street atau nama lainnya Lardyai yang membawa maksud pasar besar di dalam dialek Selatan Thailand adalah pasar yang sangat berbeza daripada yang lain. Berjalan di sepanjang Phuket Walking Street ini membuatkan anda terasa seperti berada di ‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan.
Pasar yang dimulakan pada tahun 2013 ini terletak di Thalang Road, iaitu di tengah-tengah bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah bereka bentuk Sino-Portugis.
Dari gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan, butik pakaian hinggalah kepada tempat bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya. Bukan itu sahaja, bab makanan memang tak perlu risau, macam-macam tersedia untuk mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini.
- 3 - Prompthep Cape Viewpoint
Prompthep Cape Viewpoint adalah sebuah lagi puncak bukit yang terkenal dalam kalangan jurugambar kerana keindahan lanskap yang seindah lukisan di galeri. Untuk menuju ke bahagian puncaknya, anda perlu berjalan kaki selama 30 minit.
Mengah juga bunyinya kan? Tapi percayalah, selepas melihat pemandangan matahari terbenam atau menaik di sini, kepenatan yang dirasai hilang serta-merta.
Selain pemandangan yang indah, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata, kedai serbaneka dan tandas. Bagi anda yang memandu, tempat meletak kereta turut disediakan.
- 4 - Phuket Weekend Night Market
Phuket Weekend Night Market ataupun lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Naka Market adalah sebuah pasar malam yang terletak di sepanjang Chao Fa West Road.
Bagi anda yang kaki bershopping tapi gemar berbajet, inilah syurga yang dicari. Cukup banyak barangan-barangan terpakai dijual di dalam pasar ini.
Bukan itu sahaja, barangan lain yang boleh dijumpai disini juga adalah seperti cenderamata, beg, perhiasan, barangan elektronik dan macam-macam lagi, sampai berpinar mata dibuatnya.
- 5 - Pulau Raya & Coral
Pulau Raya & Coral adalah 2 buah pulau terindah yang terletak di Lautan Andaman. Pulau-pulau ini merupakan pulau tropika yang dapat memberikan jiwa anda ketenangan yang diimpikan sebaik anda menjejakkan kaki di atas pasir yang putih bersih dan berendam di dalam airnya yang jernih.
Disebabkan kejernihan airnya juga, anda boleh merancang untuk bersnorkeling bagi menikmati warna-warni kehidupan marin yang wujud di dalam perairan pulau.
Untuk menuju ke pulau-pulau ini, masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 30 minit dari Phuket.
- 6 - Freedom Beach, Ao Sane Beach
Freedom Beach adalah salah satu daripada pantai yang terindah berpasir putih dan air laut yang kejernihannya memuaskan deria mata.
Pantai ini walaupun terletak hampir dengan pantai yang tersibuk di Phuket iaitu Patong Beach, Freedom Beach ini secara ajaibnya cukup tenang persis namanya sebagai pantai yang dapat memberikan jiwa anda kemerdekaan dari kesibukan tarikan yang lain.
Untuk menuju ke sini, anda perlu menaiki bot panjang yang tersedia hanya dari bulan Disember ke Jun ketika musim cuti. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melepasi beberapa buah pantai yang lain yang lebih sibuk seperti Pantai Merlin, Pantai Paradise dan Pantai Tri Trang.
- 7 - James Bond Island
Memang banyak pulau yang bertaraf Hollywood di Thailand ini. Satu lagi tarikan alam semula jadi tropika yang menjadi idaman ramai warga dunia adalah James Bond Island yang terletak di dalam Teluk Phang Nga.
Dalam 40 meter dari James Bond Island atau nama asalnya Khao Ping Kan Island ini terdapat sebuah pulau kecil yang digelar Ko Tapu yang terpacak tidak ubah seperti sebatang jarum di tengah-tengah lautan.
Kedua-dua pulau ini mula terkenal selepas dijadikan lokasi penggambaran filem James Bond, The Man with the Golden Gun pada tahun 1974.
- 8 - Bandar Phuket
Sepertimana bandar yang lain, Bandar Phuket ini padat dengan destinasi yang menarik daripada tempat-tempat untuk mencuci mata dengan pemandangan bangunan peninggalan era yang telah berlalu hinggalah kepada yang mencuci poket seperti di Night Market.
Kalau anda nak tahu, Bandar Phuket ini cukup kaya dengan bangunan lama bereka bentuk Eropah kerana statusnya pada suatu ketika dahulu yang pernah menjadi Pusat Ekonomi Selatan Thailand.
Betullah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Ilmu pengetahuan pun boleh dapat apabila bercuti di tempat yang tak pernah lawati. Indah yang jadi santapan mata dan minda suasana di situ. Baru tengok gambar saja aku sudah sangat teruja. Alangkah bertuahnya nanti apabila dapat menjejakinya.
Phuket, pulau yang terbesar di Thailand ini memiliki keluasan sekitar 540 km persegi. Dengan keluasan sebegini, Phuket menyimpan seribu satu tarikan yang seringkali terlepas dari pandangan mata dek kerana keterujaan untuk menerokai tempat yang lebih jauh, jadi segala tarikan yang jelas terpampang ini yang dekat pun tak tercapai.
Apa lagi, dah tahu ke mana nak pergi di percutian hujung tahun nanti. Tempahlah penginapan dan persiapkanlah kelengkapan dan mulakan mengumpul modal sebelum melangkahkan kaki untuk sebuah percutian yang pasti sukar dilupakan. Selamat bercuti di Phuket Thailand!
Nak baca slot travel di informasi, klik SINI
p/s: Harap ia tak jadi angan-angan saja. Apapun, tak salah untuk berangan-angan, bukannya perlu keluarkan modal... hahaha!
#sumber maisinggah.com
memang teringin sgt nak ke sana. tgh kumpul duit ni..
ReplyDeletePhuket mestilah pantainya yg cantikk
ReplyDeleteBerangan dulu.. Ada rezeki dan peluang bolehlah ke Phuket.. hehehe..
ReplyDelete