04 September 2019

8 Lokasi Percutian Destinasi Eksotik Harus Di Lawati...

Bosan melancong ke kota-kota besar metropolitan? Mahukan suasana berritma aman dan tenang ? Ingin lawati destinasi indah, tetapi tidak mahu tempat yang sering diserbui ramai pelancong lain? Di sini di  senaraikan 8 lokasi percutian destinasi eksotik yang pasti menjadi pilihan buat percutian anda yang seterusnya. Tempatnya di 8 lokasi destinasi percutian eksotik di hujung dunia yang terasing. Wahhh!!

Percutian Destinasi  Eksotik
Percutian Destinasi  Eksotik

8 Lokasi Percutian Destinasi  Eksotik Harus Di Lawati...


- Maui, Hawaii
Dengan pemandangan bak syurga dunia dan pantai mas putih seluas lebih 190km, terdapat tarikan di setiap pelusuk di Hawaii. Maui, yang dikenali sebagai Lembah Isle, menjadi pusat kegemaran pelawat kerana pemandangansunset yang cantik serta hutan buluh. Jika anda mahukan sesuatu yang luar biasa, terpegunlah dengan pasir merah saga di Kaihalulu — satu-satunya di dunia!

- Fiji
Fiji merupakan sebuah negara yang dikurniakan pelbagai keindahan semulajadi dari hutan bakau dan air terjun serta kolam semula jadi, Fiji is the jewel of the South Pacific! Dengan lebih 300 pulau dan 200 taman laut yang dilindungi, Fiji menawarkan antara kawasan selaman terbaik di dunia! Di situ juga anda dapat lihat lima spesies penyu yang berbeza, ikan lumba spinner dan iguana bersabit Fiji.

- Vis, Croatia
Kepulauan Vis di Croatia merupakan salah satu rahsia yang disimpan rapi dalam kalangan penunggang pulau! Destinasi permata di Adriatic ini memerlukan perjalanan bot yang pendek dari bandar Split, Croatia — namun bila tiba, and pasti beranggap sedang berada di kawasan tropika! GLAM juga syorkan anda ke Gua Biru dan Stiniva, sebuah pantai yang tersembunyi — digelar terbaik di Eropah!

- Iceland
Percayakah anda bahawa negara seluas 65,000km persegi ini hanya mempunyai penduduk kurang 330,000! Iceland merupakan antara negara yang terendah dalam perihal reproduksi! Oleh sebab itu, mereka tidak hiraukan akan pencakar langit dan kesibukkan jalan seperti negara-negara pesat lain. Iceland diberi makna melalui keindahan semulajadi mereka yang cukup menakjubkan — geysers, gunung berapi, glasier, air terjun dan yang paling menawan, keabadian Northern Lights yang amat ketara dilihat!



- Zanzibar, Tanzania
Dengan pantai pasir berona putih, kaya dengan sejarah dan hutan hujan tersembunyi, Zanzibar sememangnya eksotik belaka. Ia merupakan tujuan bulan madu yang popular di kalangan si millennial yang gemarkan bersafari di tanah besar Tanzania dan kemudiannya beristirehat di Zanzibar.

- Koh Long Samloem, Kemboja
Pulau indah di perairan pantai selatan Kemboja ini merupakan salah satu tempat paling eksotik di Teluk Thailand. Ia sangat berbeza jika dibanding dengan bandar pelancongan Sihanoukville (di mana anda mengambil feri)! Hal ini kerana tiada sebarang trafik serta perkembangan yang sangat sedikit. Ada beberapa pondok desa sahaja. Di sini, anda boleh berenang di malam hari bersama plankton bioluminescent di Teluk M’Pei, kembara di hutan hujan atau beriadah di Teluk Saracen!

- Socotra, Yemen
Socotra kelihatan seperti set penggambaran filem sci-fi. Namun demikian, ia merupakan habitat buat lebih 800 spesies langka flora dan fauna — 1/3 tidak terdapat di mana-mana tempat lain.

- Majorca, Sepanyol
Pulau Balearic terbesar di Mediterranean, Majorca telah lama menjadi destinasi tercinta di kalangan orang Eropah. Namun, semakin hari, semakin ramai pelancong yang menambah Majorca dalam senarai destinasi mereka tatkala di Eropah. Dengan keindahan pantai yang amat menakjubkan, permandangan Majorca boleh disaksi wherever you stand.

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Cantik sungguh destinasi yang terpapar di gambar ini. Tapi aku suka dengan Maldives jugak.. Ehh, tibe!

sumber: glam.my

8 comments:

  1. best...jum baca dan bagi pendapat https://misseffah-ara.blogspot.com/2019/09/morning-sickness-teruk-nortaqifa-abd.html

    ReplyDelete
  2. Impian sangat nak ke Iceland.
    InsyaAllah satu hari nanti.. aamiin.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Suka la tmpat2 mcmni. tenang jek dengan laut biru hutan hijau2. Kalau trevel mmg prefer yg nature mcmtu berbanding shopping2 ni

    ReplyDelete
  4. belum pernah sampai lagi untuk semua lokasi ni, tapi cantik tempat2 macam ni

    ReplyDelete
  5. tq for info kak.. mmg rare tempat2 ni tingin nak pegi

    ReplyDelete
  6. SA nak sangat pi Iceland...tapi tu la ntah bila la merasa

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...