Sedap sungguh tomyam campur yang aku masak kelmarin. Macam biasa tomyam yang aku buat penuh dengan sayuran berwarna warni. Sayur dan kuah tomyam campur aku ini terasa sungguh kemanisannya melalui air udang dan sotong itu. Bukan manisnya gula ya, jangan silap faham. Itulah yang menjadikan tomyam campur aku ini sangat berperisa bersekali dengan sayur-sayurnya.
Gambar Tomyam Campur Udang, Sotong Dan Ayam Yang Sedap Menggiurkan Rasa |
Makan banyak sayuran bukankah bagus untuk kesihatan dan diet seimbang. Jadi, sekiranya hendak membudayakan makan lebih sayur-sayuran dalam hidangan iaitu 'suku suku separuh kenalah bijak mempelbagaikan hidangan masakan berasakan sayuran itu agar tidak jemu untuk di makan. Resepi tomyam campur ini paling sesuai.
Ini adalah satu caranya masak hidangan tomyam ayam yang lazat dan penuh dengan sayur-sayuran berkhasiat ini. Asyik makan sayur yang di buat ulam, sayuran goreng dan sayur rebus jadi menjemukan juga. Kalau di buat tomyam lebih berperisa masam-masam tu lebih sedap dan lazat.
Tomyam campur yang penuh dengan sayuran ini sebenarnya ikut sendirilah nak letak sayur apa dan banyak mana kuantitinya. Tapi biarlah sesuai dan sepadan dengan perencah tomyam yang di sediakan itu. Sayur yang aku masukkan adalah, bunga kobis, carrot, cendawan, seleri. Kalau nak di tambah kobis, putik jagung, brokoli, sawi pun boleh juga. Tak ada salahnya.
Begitu juga lauk campurannya iaitu boleh letak daging, jenis-jenis kepah selain udang, sotong dan ayam. Resepi sama saja dengan tomyam yang biasa. Hanya campak-campak dan rebus-rebus semuanya. Senang sangat kerjanya. Sap sap sui hiris bahan-bahan, campak-campak begitu saja dalam periuk, dah siap.
Resepi Tomyam Campur Udang, Sotong Dan Ayam Yang Sedap Menggiurkan Rasa
Bahan-bahan:
2 keping kepak ayam
5 ekor sotong sederhana
10 ekor udang sederhana
1 paket pes tomyam adabi
7 biji cili api
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tomato
Bunga kobis
Carrot
Cendawan
Seleri
1 biji tomato
4 keping daun limau purut
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Kepak ayam di potong kecil dan di bersihkan.Sotong di potong-potong membulat dan dibersihkan. Udang di buang kepala dan ekornya dan dibersihkan juga.
Cili api di ketuk pecah-pecah sedikit. Serai di ketuk hujungnya. Halia dan lengkuas di ketuk menjadi pecah-pecah. Bawang besar di hiris nipis.Bawang putih di ketuk pecah-pecah juga.
Sayur-sayuran iaitu bunga kobis, carrot danseleri di hiris. Cendawan pula di siat kecil. Kuantiti sayuran ini ikut sendiri dan banyak mana yang sesuai untuk di makan.
Isikan periuk dengan sedikit air dan renihkan hingga mendidih bersama kepak ayam,udang, sotong, serai, halia, lengkuas, cili api, bawang putih, bawang besar dan daun limau purut yang buang urat yang keras dan di koyakkan.
Apabila sudah mendidih, masukkan pes tomyam adabi bersama sos tomato. Tunggu ia mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran. Seterusnya masukkan air sebanyak mana yang di mahukan. Seeloknya secukup tinggi sedikit dari kedudukan paras sayur-sayuran itu.
Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan benar-benar mendidih. Masukkan tomato yang di belah empat atau enam. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi daripada 3 biji limau kasturi. Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan untuk makan tengahari dengan malam.
Kali ini musim durian, makan bersama sambal tempoyak dan ulam petai. Bertambah-tambah nasi apabila memakannya. Inilah resepi tomyam campur yang meriah dengan sayur yang sangat di sukai oleh seisi keluarga aku. Sedap menggiurkan sangat, kata anak-anak.
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini... klik SINI
p/s: Lauk tomyam yang aku masak tak pernah di katakan tak sedap oleh anak-anak dan en. suami.. haha!
sabar la duhai hati bila tengok tomyam campur ni...kalau bleh makan pun x leh buat pedas dan hanya guna ayam je..
ReplyDeleteNyummm...sedapnya...
ReplyDeleteAllah sedapnyaaaa T^T
ReplyDeletedah lama x masak tomyam..
ReplyDeletetomyam memang sedap.
ReplyDeletecouple kan dgn telur dadar.
wow!