10 August 2019

Resepi Rendang Daging Meleleh Dan Meletup Sedap

Sempena hari raya korban esok, aku tempelkan di sini resepi rendang raya yang aku buat ni. Ini gambar rendang raya korban tahun lepas tau. Terselit di instagram tapi aku tak buat entrinya di blog. Entah kenapa boleh terlepas lauk rendang daging meleleh aku ni. Rendang ini rasanya power tau. Itu sebab aku panggil rendang daging meleleh dan meletup sedap. 

Resepi Rendang Daging Meleleh Dan Meletup Sedap
Resepi Rendang Daging Meleleh Dan Meletup Sedap

Biasalah hari raya orang masak rendang. Apatah lagi musin raya haji yang banyak dapat daging korban. Rendang ini kalau daging batang pinang yang sudah sedia lembut, tak payah masak lama-lama. Boleh masak seperti biasa dalam kuali di atas dapur. Tapi kalau daging yang banyak urat kena renihkan lama sikit untuk melembutkannya agar tak liat. Nak mudah, gunakanlah pressure cooker.



Resepi ini aku buat resepi rendang ala-ala Negeri Sembilan iaitu rendang rembau yang super delicious itu. Simple tapi biasa dan pastinya pedas meleleh dan meletup di buatnya. Rendang ini seperti kebiasaan letak serbuk kari tapi tak letak kerisik dan  dia punya santan untuk sekilo daging  adalah 2 biji sekurang-kurangnya. Barulah menjadi rasa rendang originalnya. Ia juga di kacau sampai benar-benar kering kuahnya.

Resepi Rendang Daging Meleleh Dan Meletup Sedap


Bahan-bahan:

1 kg daging
4 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
1/2 paket serbuk kari ayam
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
6 batang serai
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
2 sudu besar ciling kisar
20 biji cili api
1/2 sudu kecil jintan manis
1.2 sudu kecil jintan putih
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Daging di potong ikut suka dan di bersihkan. Hiris 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 11/2 inci halia. Ketuk 3 batang serai dan siat kasar daun kunyit. 

Kisar 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3 batang serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili api dan jintan manis serta jintan putih. 

Seterusnya masukkan bahan yang di kisar di dalam kuali bersama bahan hiris tadi dan juga serai yang di ketuk dan daun kunyit yang di siat kasar.

Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris. Masukkan sekali cili giling, serbuk kari dan asam keping.

Tak di lupakan juga masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan daging dan teruskan kacau sehingga air daging keluar sehingga menunjukkan tanda untuk kering. 

Seterusnya masukkan santan. Sekiranya daging yang jenis liat, tambahkan air dan renihkan sehingga daging empuk. 

Seterusnya bila daging empuk kacau hingga benar-benar sebati dan kering. Sebelum kering itu, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bolehlah di angkat dan di hidangkan masakan daging meleleh ini bersama nasi atau nasi impit. 

**Sekiranya daging jenis berserat dan liat, ubah cara dengan merebus seketika daging dengan sedikit air dalam pressure cooker selama 20 minit. Sementara didihkan bahan-bahan bersama santan dalam kuali. Apabila kuah rendang tanpa daging menunjukkan tanda hampir kering, masukkan daging bersama airyang telah di rebus itu. Kacau sampai kering. Itu saja...

Nak pelbagai resepi di blog ini.... klik SINI

p/s: Untuk lebih nampak garing rempah daging yang bersalut itu, masukkan sedikit minyak masak sewaktu mengeringkan kuah rendang. Yang tak tahan pedas, kurangkan cili api tu yer.... !

4 comments:

  1. waduhhhh.. menyelerakan betul tengok.. hehehe.. tq share resepi ni.. nurul nak try la nanti ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap gila! Akan cuba resepi ni

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.
    raya haji baru2 ni, first time aida merendang daging tau.
    tapi pakai pressure cooker.
    cepat masak. boleh la dikatakan jadik rendang aida tu :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...