Apabila nak merebus atau memasak jantung pisang, paling aku tak suka adalah jantung pisang yang di rebus itu hitam lebam dan berbirat. Jadi tak elok rupanya untuk di masak dan di hidangkan. Buruk rupanya masakan jadinya. Seronok rasanya apabila dapat tahu petua rebus jantung pisang di laman FB ini. Nanti bolehlah aku gunakan petua rebus jantung pisang ini apabila nak memasaknya.
Petua Rebus Jantung Pisang Tak Hitam, Lebam Dan Berbirat |
"Mula² kenalah ada jantung pisang, biasanya pakcik guna jantung pisang nipah, sebab saiz dia besar, kalau takde, jantung pisang hutan yang byk tumbuh kat tepi² jalan tu pun boleh, lagi sedap. Siapkan bekas besar, tuang air anggaran 2 liter, masukkan 2 sudu besar garam dan kacau hingga garam larut.
Kupas jantung pisang, buang kulit luar dia sampai jumpa bahagian yang cerah dan lembut. Belah 4 dan rendam dalam bekas berisi air garam tadi, balik²kan. Rendam 15 minit untuk keluarkan getah pada jantung pisang tadi.
Sementara tu didihkan air, guna api besar, masukkan sedikit garam dan sekeping asam gelugor. Jantung pisang tadi ditoskan, bilas bawah air paip, dah masukkan ke dalam periuk, balik²kan dan rebus sampai empuk. In sha Allah jantung pisang tak lebam birat (macam dlm gambar tu). Toskan dan boleh lah nak makan cicah air asam ke, sambal belacan ke atau dibuat kerabu..."
Petua Rebus Jantung Pisang Tak Hitam, Lebam Dan Berbirat
Aku salin @ copy saja terus 3 perenggan berkenaaan petua rebus jantung pisang dari pakcik ni. Lain kali senanglah aku nak memasak jantung pisang ini. Kalau tidak, stress aku di buatnya, apabila nak menggulai masak lemak cili api jantung pisang. Buruk sungguh warna jantung pisang dalam kuah masak lemak itu... haihh!
Itu sebabnya semenjak bertahun-tahun ini, jarang sekali merebus dan menggulai jantung pisang. Lepas ni nak suruh en. suami beli jantung pisang. Teringin nak masak lemak cili api jantung pisang dengan ikan masin. Mesti berseri jantung pisang dan sedap rasanya masak lemak cili api aku tu... hehe!
Terima kasih kepada pakcik pemberi petua ini iaitu Adnan Ibrahim @ Mat Gebu. Dia ni seorang blogger masakan yang tersohor tau. Aku selalu juga ke blognya mengendeng resepi-resepi canggih untuk mencari idea memasak tapi bukan meniru. Apatah lagi tidak mungkin aku nak menyalin terus gambar-gambar dan resepinya itu serta kredit kat diri sendiri pula... No... no... no... Tak kan ku buat begitu!
Nak dapatkan pelbagai petua di blog ini, klik SINI
p/s: Gambar jantung pisang yang cerah mulus ni aku ambil dari FB dia, sebab belum sempat nak beli jantung pisang lagi. Harap tak jadi isu.. hehe!
#kredit FB Adnan IBrahim
Sangat membantu petua ni..nanti nak cuba la..
ReplyDeleteUishh cantiknya rebus jantung .. jernih je kaler dia ... memang wajib ikuti petua ni.
ReplyDeletetq for sharing.
ReplyDeleteaida sgt la tak pandai deal dgn jantung pisang tau.
pernah few times beli. tak menjadik! buang ke tong sampah.
nanti guna ni, nak apply tips / petua yg dikongsi.