22 August 2019

Maksud Paparan Tracking Poslaju Atau Status Pos Di Skrin Telefon

Biasanya sudah menjadi kelaziman bagi orangramai masa kini membeli-belah menerusi atas talian. Biarpun cara itu dilihat sebagai alternatif yang memudahkan, pelanggan sering menghadapi masalah dalam menggunakan servis penghantaran yang ditawarkan oleh pejabat pos menerusi poslaju iaitu tentang maksud paparan tracking poslaju atau status pos di skrin telefon. Apatah lagi sekiranya tiada ilmu untuk memahami Bahasa Inggeris yang digunakan untuk mengimbas tracking poslaju.

Maksud Paparan Tracking Poslaju Atau Status Pos Di Skrin Telefon
Maksud Paparan Tracking Poslaju Atau Status Pos Di Skrin Telefon

Kesukaran memahamai fungsi nombor jejak poslaju yang disebut sebagai “tracking number” kadang kala memberi masalah besar kepada pengguna kerana ia seharusnya diperiksa secara berkala. Kegagalan berbuat demikian akan mewujudkan masalah yang lebih besar seperti kehilangan bungkusan yang sepatutnya sampai ke tangan pelanggan tidak kunjung tiba membuatkan kita berasa resah dan marah.

Di sini mari kita kongsikan bersama tips bagaimana nak faham maksud status tracking poslaju itu.

Maksud Paparan Tracking Poslaju Atau Status Pos Di Skrin Telefon


- “Item Posted Over The Counter
Kaunter pejabat pos/poslaju baru terima bungkusan dan scan barcode tracking number.

- “Consignment received and processed from posting at Post Offices”.
Konsainan di proses daripada pengeposan di pejabat pos. Yang ini maksudnya mungkin data penghantaran dah ready dari Post Office (PO) lagi. Bila sampai di poslaju (Parcel Hub Poslaju) yang paling dekat dengan rumah anda nanti, bolehlah terus bungkusan di hantar keluar.

- “Item dispatched out”
Bungkusan di hantar keluar dari pejabat poslaju.

- “Item processed”
Bungkusan sedang diprocess di bahagia pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Poslaju. Mungkin waktu itu pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan nanti.

- “Consignment dispatch out from Transit Office”
Bungkusan dihantar keluar dari pejabat transit. Jadi anda tak perlu risaulah kalau bungkusan tak sampai-sampai lagi kerana mereka baru hendak mulakan proses menghantar ke pejabat pos berdekatan alamat anda.

- “Arrive at delivery facility at…”
Bungkusan sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat anda.

- “Item out for delivery”
Ini bermaksud posmen sudah keluar untuk membuat penghantaran ke alamat anda. Sila pastikan alamat yang anda beri adalah tepat supaya memudahkan si penghantar tadi mencari lokasi dan menyampaikan pada anda secara efisyen. Pastikan juga ada orang tunggu di rumah untuk menerima bungkusan kerana jika tidak, barang anda akan di pulangkan semula ke pejabat pos terdekat!



- “Item can be collected at…”
Bungkusan boleh diambil di poslaju tertera. Maksudnya, bungkusan anda sudah selamat ada di pejabat mereka. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran anda tiada di rumah dan mereka tidak dapat menyampaikan bungkusan terus kepada tuan rumah membuatkan ia di hantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan yang perlu dituntut sendiri. Jika berhari-hari status sama, sila terus hubungi pejabat poslaju tersebut untuk mengetahui status sebenar. Kami nasihatkan anda pergi sahaja ambil sendiri.

- “Item delivered to (Name)”
Tahniah, bungkusan anda sudah selamat sampai ke tangan! (atau sesiapa yang sign delivery note berdasarkan nama) yang tertera pada bungkusan berkenaan.

- “Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300”
Masalah besar! Bungkusan anda tidak dapat sampai ke tangan anda. Mungkin anda tiada di rumah atau tidak menyedari kedatangan mereka sewaktu mereka membuat penghantaran tempoh hari. Anda dinasihatkan untuk membawa nota yang ditinggalkan(sekiranya ada) untuk menuntut barang di pejabat pos terdekat atau hubungi pejabat poslaju untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan langkah seterusnya.

Di harapkan dengan penjelasan serba sedikit di sini, menyenangkan sesiapa yang membaca artikel ini untuk memahami perihal status tracking poslaju. Tak adalah teraba-raba dalam kegelapan mengenai masaalah tracking poslaju yang di hadapi. Semoga ia memudahkan anda semua... hehe!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kebiasaannya barang tak sampai jarang-jarang berlaku tapi sesekali ila terkena, masak juga rasanya... heh!

#kredit wanista.com

2 comments:

  1. memang panjang brjela notification kalau cek tracking ni.
    faham sgt.
    dah tak brape 'laju' dah poslaju meskipun caj dah mahal.
    aida now prefer guna kurier service.
    senang. cepat. reliable. laju.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...