20 August 2019

Coretan Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)

Semalam aku menghadiri majlis kovokesyen anak bujang aku di PICC Putrajaya. Sebuah kenangan yang akan ku abadikan dalam lipatan sejarah. Perkara sebegini bukan berlaku kerap kali pada seseorang anak. Jadi, aku sangat-sangat menghargai detik-detik majlis konvokesyen ini. Walau hanya yang di capai ini hanyalah sekeping diploma. 

Coretan Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)
Coretan Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)

Anak bujang aku ini baru saja menamatkan  pembelajarannya di sebuah institusi pengajian aitu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam. Kursus yang di ambil adalah Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang. Alhamdulillah telah menamatkan kursus ini dengan jayanya tanpa ada pengulangan.



Kerja belum tahu samada boleh dapat seperti dalam bidang yang di pelajari atau bidang lain. Kalau boleh mestilah mahu kerjaya yang tak lari bidang yang di ceburi seperti yang di pelajari itu. Sebelum ini sementara nak konvokesyen dan dapat transkrip diploma hanya kerja sambilan. Lepas ni kenalah cari kerja tetap. Apapun kerja tak apa, asalkan sebuah kerjaya yang menjanjikan pendapatan tetap.

Coretan Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)


Dari hari Ahad kami iaitu aku bersama anak perempuan dan anak bujang ini ke Putrajaya mengambil jubah dalam pukul 2 petang. Bersiap ke kedai gambar untuk mengambil gambar keluarga bersama en. suami dan 2 lagi anak perempuanku. Memang meletihkan sebab nak rushing mengejar waktu. Selesai bab mengambil gambar keluarga dengan jayanya.

Gambar Keluarga Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)
Gambar Keluarga Majlis Konvokesyen Anak Bujang Ku Semalam (19/8/2019)

Semalam seawal 6 pagi kami sudah keluar rumah sebab risau takut terpaksa mengadap kesesakan jalanraya. Elok saja kami sampai dalam pukul 8 pagi. Graduan terus di kumpulkan di sebuah tempat untuk taklimat dan aku bersama anak perempuan terus ke tempat menunggu para ibu bapa untuk di benarkan  masuk ke dewan konvokesyen.

Oh, lupa nak cerita. En. suami macam biasa tak suka tempat yang sesak dan menjemukan macam begini. Jadi, aku pergi sendiri di temani anak perempuan. Elok juga kalau tidak membebel saja sepanjang majlis. Majlis selesai awal tapi terpaksa tunggu lagi untuk pemulangan jubah, ambil transkirp diploma. Lepas tu urusan nak hantar slip gambar pentas lagi. Lamaaaa....!

Pukul 3 petang baru dapat keluar dari PICC cari makanan sebab dah lapar. Pergi makan di foodcourt dekat Alamanda Putrajaya. Pukul 4.30 petang baru sampai kembali ke rumah di Shah Alam. Hari yang meletihkan tapi seronok dengan kenangan yang mengujakan.

Semoga anak bujang ku ini mendapat kejayaan di atas bidang yang di ceburi ini. Sudah ini bidang yang di pilihnya. Bukan tak dapat pilihan bidang lain masa dapat  kursus ini dulu. Ada mohon UPU masa dapat keputusan SPM dulu tu dan dapat kursus Sains Komputer di UITM tapi dia yang pilih bidang ini. Jadi bertabahlah dalam pencarian  mencari kerja... huh!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kalau nak sambung belajar pun tak ada bidang ini di sini. Ke luar negaralah pula... Nanti-nantilah fikir... haihhh!!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...