Tauhu telur juga di kenali sebagai tauhu jepun ataupun tofu telur memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras. Teksturnya yang lembut kadang kala menjadikan tauhu ini hancur dan nampak tak cantik apabila di hidangkan.
Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur |
Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal, masak sos tiram atau masak sup. Biasanya sup tauhu telur dicampur dengan sawi dan pelbagai jenis sayur. Justeru, masakan ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.
Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur
Kali ini aku jumpa perkongsian di laman FB tentang cara untuk mengelakkan tauhu telur hancur semasa memasak hidangan dan masakan tauhu telur menjadi cantik dan tidak pecah berkecai. Jadi, sudah pasti hidangan masakan tauhu telur akan menjadi cantik dan lazat untuk di pandang.
Menurut sebuah perkongsian di laman FB, sebelum dimasak salutkan hirisan tauhu dengan tepung gandum. Kemudian goreng seketika. Angkat dan toskan minyak. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa masing-masing. Sangat mudah dan berbaloi untuk mengikut cara dan petua ini.
Sebelum ini aku memang bingung nak masak tauhu telur ini. Sekarang tidak lagi apabila sudah mendapat petua ini. Bolehlah masak sayur dengan tauhu telur. Hidangan akan menjadi lebih lazat dan tauhu telur juga menambahkan khasiat hidangan itu... huhu!
Nak pelbagai informasi dan petua, klik SINI
p/s: Nanti nak pergi pasaraya beli tauhu telur, sayur ada kat peti ais tu... hehe!
#kredit FB Nur Azua Amlan
terbaik
ReplyDeletenampak enaklah tofu telur tu..yummy..selalu masak apa dgn tofu telur nie?
ReplyDeleteterima kasih share. kak memang tak reti jugak nak masak tauhu ni. memang frust gila sebelum ni. hahaha
ReplyDeletenice sharing :D
ReplyDeletemasak tauhu telur ni dengan cendawan dan pecah telur tu sedapnyaaaaa.. :)
ReplyDelete...
meletop3 tauhu ni kalau goreng. kena pakai tudung periuk.. hehe
ReplyDelete