07 August 2019

Cara Cepat Kecutkan Jerawat Guna Tomato Beku

Pernah tak korang merasa, bangun pagi tetiba tumbuh jerawat yang agak besar di bahagia muka. Merah membara jerawat itu dengan sakitnya yang menggusarkan jiwa. Apatah lagi apabila menjelang petang, jerawat itu mula menampakkan semacam nanah berwarna putih di permukaannya. Mesti korang sibuk nak mencari solusi bagaimana nak kecutkan jerawat dengan cepat seterusnya menghilangkannya dari muka korang yang mulus itu. Sebenarnya ada petua dan tips mudah untuk kecutkan jerawat sebegitu.

Cara Cepat Kecutkan Jerawat Guna Tomato Beku
Cara Cepat Kecutkan Jerawat Guna Tomato Beku

Caranya hanya dengan menggunakan sebelah dari sebiji tomato yang di bekukan. Maksudnya bekukan separuh dari sebiji tomato di bahagian beku dalam peti ais. Gunakan tomato itu untuk menggosok ke keseluruhan wajah. Sebelum itu cuci lah wajah terlebih dahulu sehingga bersih dari kotoran, kesan mekap dan minyak sekiranya ada.



Seterusnya gosok tomato ke keseluruhan wajah sehingga merata. Lebihkan gosok pada tempat yang berjerawat itu. Lagi lama lagi bagus sehingga hilang kesejukan tomato. Tomato yang sejuk akan bantu hilangkan kedutan, bintik hitam,l ebih melancarkan aliran darah pada kulit wajah. Darah lancar, muka lebih glowing berbanding tomato yang tak sejuk.

Cara Cepat Kecutkan Jerawat Guna Tomato Beku


Nanti memang berasa segar sangat waktu tuam tomato beku tu ke seluruh muka. Tak akan kata pedih, sakit, tak selesa itu semua. Korang tak akan sangka bangun pagi hari berikutnya, dah kering jerawat bernanah tu. Cepat saja dan tak sakit, tinggal bekas je. Seronok kemain la. Korang boleh buat hari-hari, sekali tuam tu boleh nak guna sebelah je. Bekukan tomato untuk seminggu terus, jadi ketagih nak tuam hari-hari sebab best penuh sensasi masa tomoto beku tersentuh kulit kita.... Hehe!

Antara kelebihan tomato untuk kulit kita adalah kaya dengan vitamin C dan A.Vitamin C bagus untuk hapuskan jerawat dan cerah kan kulit yang kusam tak bermaya. Vitamin A menyihatkan kulit, membantu seimbangkan kulit dan mengelak kulit dari minyak berlebihan. 

Bersifat menyejuk dan astringent, meneutralkan balik kulit yang dicemari radikal bebas dari matahari, asap kenderaan, asap rokok atau bahan kimia dari sekeliling kita sebab tomato juga mewah dengan lycopene. Selain itu mengecilkan saiz pori, dan buat wajah kita muda remaja... Ahaks!

Nak dapatkan lebih info dan petua di blog ini, klik SINI

p/s: Selain itu kunyah dan makan tomato mentah hari-hari untuk kulit licin dan merah meranum bak buah tomato... hahaha!

#kredit FB Fyza Shah

3 comments:

  1. Yang ada masalah jerawat bolehlah cuba

    ReplyDelete
  2. menarik ni. tq for sharing.
    aida now guna ais.
    tonyoh la slowly kat muka tang jerawat tu.
    ngilu. tapi menjadik.
    ni dgn tomato beku lebih baik kot.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...