01 August 2019

Asam Pedas Ikan Bakar Menu 'Hangat' Restoran Sisik

Apabila di sebut masakan asam pedas kebiasaan ianya merujuk kepada negeri Melaka. Takkan nak pergi Melaka baru nak makan asam pedas... kan! Tak perlu pergi berjalan jauh sebenarnya kini. Sebuah restoran di Klang ada menyediakan menu asam pedas yang menepati citarasa iaitu Restoran Sisik. Apatah lagi asam pedas di gabungkan dengan ikan bakar. Jadilah asam pedas ikan bakar yang menjadi menu 'hangat' Restoran Sisik.

Asam Pedas Ikan Bakar Menu 'Hangat'  Restoran Sisik
Asam Pedas Ikan Bakar Menu 'Hangat'  Restoran Sisik

Selain asam pedas ikan bakar, restoran ini turut menyajikan pelbagai hidangan masakan Melayu asli. Juga tak ketinggalan menyediakan menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, pelbagai jenis ikan bakar tempoyak, sotong bakar, pahat dan sebagainya. Tidak lupa juga, aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang merupakan salah satu antara 'hot seller' di Sisik Restoran Ikan Bakar.

Asam Pedas Ikan Bakar Menu 'Hangat'  Restoran Sisik 


Restoran Sisik @ Sisik Restoran Ikan Bakar atau dahulunya lebih di kenali sebagai Resepi Warisan Tok telah di tubuhkan pada tahun 2013. Mengenengahkan dan memertabatkan masakan melayu asli adalah salah satu sebab kenapa Restoran Sisik di tubuhkan oleh pengasasnya. Pemilik restoran berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka, sedikit sebanyak  cara masakan terzahir dari negeri-negeri berkenaan.

Antara  Hidangan Yang Boleh di Nikmati Di Restoran Sisik
Antara  Hidangan Yang Boleh di Nikmati Di Restoran Sisik

Selain itu, restoran ini turut menyajikan nasi lemak buluh perindu iaitu nasi lemak yang di kukus dalam buluh yang menjadi pasangan terbaik bagi hidangan ikan bakar dan pelbagai hidangan asam pedas untuk di sajikan pada pelanggan bagi yang berminat dengan masakan moden, Restoran Sisik Ikan Bakar juga menyeediakan hidangan steamboat bagi para penggemarnya.



Lokasi Restoran Sisik Ikan Bakar ini terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang. Waktu Operasi 8.00 pagi - 4.30 petang untuk masakan asli Melayu. Pada pukul 5.00 petang - 12.30 malam pula untuk menu berasaskan makanan laut seperti ikan bakar, sotong bakar, dan sebagainya. 

Menu utama (8.00 pagi - 4.30 petang) adalah asam pedas. Menu pilihan pula adalah telur ikan mayong,telur sotong dan ikan siakap. Selain itu di iringi dengan pelbagai lauk masakan asli Melayu. Manakala menu utama (5.00 petang - 12.30 malam adalah asam pedas juga selain telur ikan mayong,telur sotong dan ikan siakap. Juga di sediakan ikan bakar tempoyak (pais) dan ikan bakar berempah asam pedas. Seterusnya ada juga sotong bakar madu dan daging bakar.

Alamat Restoran Sisik Ikan Bakar :
No. 32, Jalan Kasuarina 1/ks7
Bandar Botanic,
41200 Klang, Selangor D. E

Untuk pertanyaan dan tempahan :
Whatssap : 01922263004 / 0162240474

p/s: Pelbagai citarasa perlu di cuba dan di rasa :)

2 comments:

  1. wah seronoknya ada nasi lemak buluh perindu. tapi tulah nak pergi jauh pulak walaupun dalam negeri sama je

    ReplyDelete
  2. Woooa...nasi lemak dalam buluh. Uniknya...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...