08 July 2019

Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado, Betul-betul Hijau Lah!

Hari ni nak kongsi di sini masakan lauk yang serba serbi berwarna hijau. Bukan setakat daun sayuran berwarna hijau, sambal ayam pun berwarna hijau juga. Maka terjadilah sambal ayam hijau berlado. Resepi sambal ayam hijau berlado ini aku dapat dari group telegram mudah cooking & baking. Betul-betul hijau lah engko.. hehe!

Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado, Betul-betul Hijau lah!
Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado, Betul-betul Hijau lah!

Jangan risau dengan warna kehijauannya itu. Janji rasanya sedap memukau. Tak susah sangat membuatnya. Cuba memerlukan sedikit kesabaran ketahanan fizikal. Sabar dan fizikal tu sebab masa menggoreng sambal hijau ini, satu rumah perit hidun dengan bau pedas sambal. Nasib baik taklah terlalu pedas rasanya apabila di makan.



Aku sebenarnya ini kali pertama nak masak lauk sambar berwarna hijau ini tapi pernah tengok di tv masakan sebegini. Sesaja aku buat ini sebab nak mendapat kelainan citarasa. Selalu masak lauk yang sama saja. Adalaka mendatangkan kejemuan juga. Nasib baik anak-anak dan en. suami suka  dan boleh menerima. lain kali boleh buat lagi... huhu!

Resepi Sambal Ayam Hijau Berlado, Betul-betul Hijau Lah!


Bahan bahan:

1 ekor ayam
10 biji cili hijau besar
Segenggam cili api  hijau
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ayam di bersihkan dan di potong ikut suka. 5 ulas bawang putih di tumbuk lumat. Perap ayam bersama bawang putih tumbuk, serbuk lada hitam dan garam. 

Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Perap lagi lama, lagi bagus dan sedap. Seterusnya panaskan minyak di kuali. Goreng ayam yang di perap sehingga garing dan ketepikan. 

Seterusnya kisar cili hijau, cili api, bawang putih dan baki 5 ulas bawang putih. Tumis bahan kisar menggunakan lebihan minyak menggoreng ayam tadi. 

Tumis sampai naik bau dan garing. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan ayam yang telah di goreng tadi kedalam kuali bersama bahan kisar yang di tumis garing tadi.

Gaul rata dan sedia untuk di hidangkan. Sedap di makan panas-panas bersama nasi di waktu tengahari. 

Sedikit tips yang di beri, nak kurangkan pedas, kurangkan cili padi dan lebihkan cili hijau. Begitulah sebaliknya. Sekiranya nak berkuah tambah air selepas tumisan menjadi garing. Nak tambah santan pun boleh.

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sudah namanya sambal hijau, semestinya tidak menggunakan cili merah dan cili kering yang berwarna merah... tauuuu!!!

3 comments:

  1. Sedapnyaaaaa....lepas ni kena la blend cili hijau kalau nak masak hijau ni kan..

    ReplyDelete
  2. Pertama datang komen ke sini. Banyaknya resepi kat blog akak ni 🤩

    Sambal ayam hijau berlado 😋

    Akak pakai 2 jenis cili lah ya.

    Cili besar dengan padi tu ya

    ReplyDelete
  3. ni antara masakan aida suka makan.
    tap x selalu buat :)
    sebab tang cili ijau tu, jarang beli.
    asyik la beli cili merah :)
    so belado merah jer lah manjang kat umah ni.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...