21 July 2019

Resepi Rendang Pedas Cili Api Hati Ayam.... Puas Makan!

Hari tu aku pergi beli barang- barang dapur, tergerak hati membeli sebekas hati ayam. Tertarik aku dengan hati ayam yang menggoda yang amat. Jadi aku mula berangan nak buat masak rendang pedas cili api hati ayam. Selalunya bila masak rendang ayam tak puas makan hati  ayam yang cuma seketul itu. Masak rendang pedas cili api hati ayam ini, kiranya boleh makan puas-puas. Lepas kempunan dan puas makan dah ... haha!

Resepi Rendang Pedas Cili Api Hati Ayam.... Puas Makan!
Resepi Rendang Pedas Cili Api Hati Ayam.... Puas Makan!

Kata orang, makan hati ayam bagus untuk menambah darah dalam badan pada yang kurang sel darah merah. Ada pula mengatakan makan hati ayam atau apa saja organ dalaman boleh membuatkan otak menjadi lembab sehingga menyebabkan mudah lupa. Apapun, janganlah di makan hari-hari. Sesekali menjamah itu tidak mengapa... kan!



Hati ayam sekarang ini, entah kenapa aku perasan tak lagi sesedap hati ayam zaman aku kecil dulu. Mungkin dulu-dulu aku makan hati ayam kampung yang tak terdedah dengan makanan ayam proses. Sekarang adakalanya rasa pahit-pahit sikit. Bila dah teringin tu aku buat sajalah. Makan secara sederhana taklah memudaratkan... 

Resepi Rendang Pedas Cili Api Hati Ayam


Bahan-bahan:

Sebekas hati Ayam
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili api
1 inci isi kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 keping asam keping
2 sudu besar santan kotak
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun kunyit di hiris halus - sekiranya ada

Cara-cara:

Hati ayam di bersihkan. Bawang merah, bawang putih, cili api isi kunyit, halia, lengkuas dan serai di bersihkan dan di hirs kasar. Seterusnya di kisar lumat. 

Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan hampir garing. Masukkan hati ayam dan asam keping. Kacau sebati.

Setelah itu masukkan air dan santan. Kacau sehingga air hampir kering. Perasakan dengan garam dan gula. Sebelum di angkat, gaul dengan daun kunyit hiris sekiranya ada. Siap!

Resepi ringkas, senang dan mudah juga. Lepaslah kempunan nak makan rendang hati ayam. Anak-anak pun tak percaya aku yang masak lauk ini. Tak pernah aku buat. Dorang ingat lauk yang di beli. Berebut jugalah dorang makan. Sedaplah tu...

Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini klik SINI dan SINI

p/s: Sebekas tu lebih kurang sepinggan lauk tu lah, yer!

6 comments:

  1. First time tengok menu hati ayam buat rendang. Mesti sedap.Ruby pun suka hati ayam

    ReplyDelete
  2. Mama Yan kalau hati ayam suka goreng garing garing je... kadang2 goreeng dengan sayur

    ReplyDelete
  3. Dulu arwah abah tak kasi makan rasanya sebab abah nak makan hahhaha. Tapi hati kami suka goreng tepung

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak...lama tak makan rendang hati ayam...nanti nak buat la...

    ReplyDelete
  5. sedap nyer.
    kalau hari raya, mak aida suka buat rendang paru, akma.
    and hati ayam ni, aida suka goreng, jgn garing sgt.
    kalau keras, aida kurang gemar makan. and normally kat rumah aida sorang jer makan.
    asben & anak-anak x makan pun. so, iku selera tekak sendiri jer lah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...