Bila selalu masak dan makan lauk daging semacam tak tau nak masak apa pula daging ini selain dari masak rendang, masak lemak dan masak kari. Fikir punya fikir aku nak buat jenis yang masak tak renyah dan cepat sikit siapnya. Jadi, aku buat masak daging ala-ala rendang tapi hanya tumis saja. Akhirnya terjadilah resepi daging tumis pedas cili api. Malas nak masak sejenis lauk sayur, terjadi pula resepi daging tumis pedas cili api bersama kacang panjang... hehe!
Daging Tumis Pedas Cili Api Bersama Kacang Panjang |
Suami beli tak banyak daging batang pinang ini tapi cukuplah nak buat sekali makan tengahari sekeluarga. Tambah kacang panjang, banyaklah sikit jadinya. Buat lebih pedas biar lebih terangkat rasanya. Tumis lama sikit biar sambal cili api masak sepenuhnya. Gerenti rasa pedas menyerap dan timbul rasa sedap yang kaw-kaw punya.
Sebenarnya ini resepi hampir kepada rendang. Baunya pun seakan rendang. Bezanya tak letak santan saja. Kalau letak santan sah lah jadi rendang. Anak-anak pun pelik sebab bau rendang tapi bukan rendang. Ada pula sayur kacang panjang di dalamnya. Inilah resepi baru yang aku buat main letak saja bahan yang ada dalam peti... gittew!
Resepi Daging Tumis Pedas Cili Api Bersama Kacang Panjang
Bahan-bahan:
300gram daging batang pinang
Secekak kecil kacang panjang
20 biji cili api
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
2 batang serai
1 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
Minyak masak seukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Daging di hiris dan di bersihkan. Kacang panjang di potong-potong menyerong dan di bersihkan juga. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai di racik kecil dan di kisar halus. Bawang besar di hiris nipis.
Panaskan minyak masak di dalam pan atau kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan hampir garing. Masukkan daging dan renihkan sehingga daging empuk dan air daging menjadi pekat.
Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Seterusnya masukkan bawang besar dan kacang panjang. Sebatikan ia dan masak sehingga kacang panjang sedikit layu dan lembut.
Sementara itu, perasakan dengan garam dan gula. Seterusnya bolehlah di angkat dan di hidangkan. Boleh di katakan sedap jugalah. Lepas ni bolehlah masak lagi lauk macam ini.
Inilah kejadiannya apabila dah habis idea nak masak apa daging yang di beli en.suami. Nasib baik sedap dan sesuai selera en. suami dengan anak-anak. Diorang memang rasa pelik sebab tak pernah aku masak daging bersama dengan sayur kacang panjang. Sampai ingat lauk ni beli kat kedai... hihi!
Nak tau pelbagai resepi di blog ini... klik SINI
p/s: Kata orang kalau sedap beritahu kawan, tak sedap simpan je... Jadi aku kongsi resepi sedap ini di sini... !
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah sini
sedapnya.. menarik untuk dicuba..
ReplyDelete:) singgah sini
ReplyDeletealahai sedapnya
ReplyDeletenampak simple dan sedap =)
ReplyDeleteyes, mcm rendang nismilan ni.
ReplyDeleteayam, kacang panjang, cili api = sodap!
aida x brape pandai merendang.
baru tahun ni cuba-cuba.
Bestnya...simple je masak macam ni...nanti SA nak cuba la
ReplyDelete