29 July 2019

Resepi Anak Sotong Kering Masak Sambal Bersama Kentang

Mesti pelik korang dengar resepi anak sotong kering masak sambal ini. Eh, bukan resepi ini tapi anak sotong kering tu. Itulah pasal, sekali tu aku pergi pasaraya checkers di Shah Alam terjumpa anak sotong kering sepaket. Harga pun taklah terlalu mahal. Dalam tak sampai pun 15 ringgit. Apa lagi, aku rembat lah sepaket. Bukan paket kecik, besar juga paketnya saiz A4 tau. Maka terjadilah resepi anak sotong kering masak sambal.

Resepi Anak Sotong Kering Masak Sambal Bersama Kentang
Resepi Anak Sotong Kering Masak Sambal Bersama Kentang

Apabila tertengok anak sotong sepaket tu, aku dah terliur kesedapan. Masa tu, terbayang sekuali anak sotong di buat sambal. Balik daripada situ, aku mulalah mengerjakan anak  sotong yang comel-comel sebesar jari kelingking ini. Sepaket tu aku buat masak sampai 3 kali  tau. Dalam waktu lain-lain hari lah. Aku campur kentang untuk jadi penyedap rasa dan taklah muak makan anak sotong saja.



Sudah di namakan sotong kering, kenalah rendam dulu. Aku rendam anak sotong ini dalam lebih kurang 1 - 2 jam untuk melembutkan, membuang lebihan rasa masin dan untuk senang membuang pasir serta kotoran. Selepas tu mudahlah untuk mencabut tulang sotong dari badannya.

Resepi Anak Sotong Kering Masak Sambal Bersama Kentang


Bahan-bahan:

1 cawan anak sotong kering
3 biji kentang sederhana
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara: 

Anak sotong di rendam 1 -2 jam lebih kurang. Di bersihkan dan di buang tulangnya. Kentang di buang kulit di hiris bentuk baji dan di bersihkan dan digoreng sehingga lembut. Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Bawang besar di hiris nipis.

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih cincang hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili giling dan goreng sehingga bertukar warna gelap dan nampak garing.

Masukkan pes asam jawa bersama air. Kacau sebati. Selepas itu, masukkan anak sotong kering kedalam masakan  itu. Kacau sehingga mendidih. Seterusnya masukkan bawang besar. Kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sebelum di angkat, masukkan kentang yang telah di goreng lembut. Kacau rata dan bolehlah di angkat. Sedap di makan bersama nasi panas-panas. Makan dengan nasi lemak  pun sodap ni.

Buat masak sambal macam ni memang di sukai oleh seisi rumah aku. Tak kisahlah bahan utamanya samada ikan, ayam, sotong, udang, ikan bilis, anak sotong kering, semuanya sedap dan lazat. Cuma aku ni saja tak berapa suka juadah bersambal ini. Tapi anak sotong kering buat sambal ini. kena pula dengan tekak aku... haha!

Nak cari pelbagai resepi lain di blog ini... klik SINI

p/s: Bila dah sedap, boleh cari lagi anak sotong ni tapi sesekali saja ada. Datang lagi, dah jumpa plak!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...