11 July 2019

Penggemar Durian Kena Berpada-pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri

Durian, raja buah yang di gemari oleh hampir semua orang. Tapi tidak semua orang menyukai durian. Bagi penggemar fanatik, durian barangkali menjadi buah paling enak di dunia. Apa pun kena berpada-pada makan durian agar tidak memudaratkan. Kepelbagaian jenis raja buah buah ini mencetuskan rasa manis berlemak, sedikit pahit dan gabungan kedua-duanya. Itu yang menjadikan rasanya sedap dan sangat lazat. Sedap sangat hingga terlupa berpada-pada makan durian ... haihh!

Penggemar Durian Kena Berpada-pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri
Penggemar Durian Kena Berpada-pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri

Pencinta buah berduri ini pastinya tidak melepaskan peluang merasainya setiap kali tiba musim durian. Namun begitu ada pendapat mengatakan durian memberikan kesan pada tubuh jika diambil secara berlebihan. Pada sesetengah individu ia menyebabkan pening, mual dan mabuk walaupun hanya dengan mencium baunya saja. 

Penggemar Durian Kena Berpada-pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri


Bagi pesakit diabetes mereka tidak digalakkan mengambil durian dalam jumlah yang banyak. Ini kerana durian mengandungi karbohidrat iaitu gula dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang tinggi. Ia memberikan tenaga yang agak banyak dan menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat sekali gus memberi kesan buruk kepada organ tubuh.

Bagi pesakit ginjal dan jantung pula, pengambilan durian secara berlebihan menyebabkan tahap potasium menjadi tinggi dan mengganggu fungsi ginjal. Berbeza mereka yang mempunyai darah tinggi, pengambilan durian secara sederhana tidak memudaratkan dan mungkin dapat membantu menurunkan tekanan darah.

Bagi mereka yang sihat, dua atau tiga ulas sudah mencukupi. Ini kerana tahap gula yang tinggi akan dimetabolisme dengan lebih lama dan menyebabkan tubuh berasa panas. Jika diambil sebelum waktu malam, ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, sebaik-baiknya hanya mengambil pendekatan ‘merasa’ dan bukan ‘makan’. Jamah hanya dua atau tiga ulas dalam satu hidangan atau lebih selamat hanya dua atau tiga sudu.

Minum air kosong secukupnya bagi mengurangkan rasa panas dan mengelak peningkatan gula dalam darah. Akhir sekali selalu membuat pemantauan kesihatan dengan mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.

Antara panduan agar berpada-pada makan durian :


- Jangan mengambil isi durian bersama makanan tinggi karbohidrat (terutama karbohidrat ringkas seperti kek manis atau minuman bergas). Ini akan menyebabkan peningkatan gula dengan cepat. Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik ia sudah pasti akan menyebabkan masalah yang sama.

- Jangan mengambil isi durian bersama makanan atau minuman berkafein (seperti kopi, kola, koko dan teh) kerana ia mungkin menyebabkan rangsangan jantung. Kandungan potasium apabila bergabung dengan kafein menyebabkan kemudaratan pada jantung. Ia mungkin tidak berlaku pada semua orang tetapi ia tetap boleh berlaku.

- Minum banyak air kosong. Tahap gula yang tinggi (terutama apabila memakan terlalu banyak durian) boleh menyebabkan keadaan dehidrasi dan akhirnya mendatangkan kemudaratan. Dengan minum air yang mencukupi, ia dapat mengelakkan dehidrasi.

- Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan, perlu berhati-hati kerana ada ubat yang mudah diserap dalam badan apabila perut diisi dengan makanan dan ada ubat yang perlu diambil ketika perut kosong. Jadi bertanyakan kepada doktor bagi mengetahui bila sepatutnya diambil.

- Bagi pesakit diabetes, memakan durian boleh menyebabkan peningkatan gula yang tinggi dengan cepat. Oleh itu ubat-ubat diabetes harus diambil segera.

Nak lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Mana cukup setakat nak makan 2 -3 ulas sehari... kan! Apapun tepuk dada tanya diri sendiri, bila dah sakit diri sendiri juga yang menanggung... huhu!

#kredit hmetro

5 comments:

  1. Kinah kalau dapat makan durian ni memang tak ingat dunia. Tapi bila dah sakit hanya mampu huhu je la. Apa pun kalau nak makan biar sekadar untuk merasa je, takut terlebih makan nanti sakit lain pulak yang datang. Pernah kena sekali pagi makan pulut, malam makan durian banyak pulak tu. Esoknya dah mula sakit-sakit badan.

    ReplyDelete
  2. Saya memang ada risau kalau nak makan durian ni. Yelah, saya ni ada kencing manis. Kalau makan .. mesti standby air masak dua tiga botol ... tak berani makan banyak.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik musim durian setahun sekali.

    ReplyDelete
  4. sekarang nak beli durian pun kena tengok bajet,yelah sebab pakai timbang kilo,hahaha =)

    ReplyDelete
  5. kalo makan durian, kena banyak minum air kosong

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...