Sedari awal aku berjinak-jinak dalam penulisan blog, aku menggunakan platform nuffnang dalam menjana pendapatan daripada pengiklanan di blog. Nuffnang yang sentiasa ada waktu itu menghiasi blog aku. Seingat aku pada zaman kegemilangan nufnang yang sentiasa ada dulu dapatlah menjana pendapatan. Boleh tahan apa yang aku dapat waktu tu. Hampir menjangkau 3 angka jugalah.
Nuffnang | Engkau Yang Sentiasa Ada, Walaupun Kini Seciput Saja....! |
Sekarang nuffnang bagai ada dengan tak ada saja pendapatannya. Nak mengumpul sen sen lemon pun terasa payah, apatah lagi ratus-ratus dan ribu-ribu lemon. Jadi puas mengumpul dalam setahun dua ini, hanya dapat seciput saja. Daripada tak ada, baiklah sedikit ini. Dah puas menunggu, cash out sajalah mana yang ada.
Nuffnang | Engkau Yang Sentiasa Ada, Walaupun Kini Seciput Saja....!
Banyak kenangan aku dengan nuffnang. Masa tu, hari-hari belek web nuffnang tengok pencapaian dan pengunjung blog dari situ. Selain tu tengok pendapatan lah. Teruja sungguh dengan pendapatan yang aku boleh dapat masa tu. Inilah baru duduk diam-diam boleh dapat duit. Tapi diam-diam pun tangan, jari dan otak kena bergerak bercerita di blog. Barulah dapatlah duitnya. Waktu itu tengah top cerita gila, duduk diam-diam dapat duit tapi hanya penipuan belaka... huh!
Masa tu adsense dah ada tapi tak popular sebab sangat susah blog bahasa melayu nak mohon buat pengiklanan dengannya. Lebih-lebih lagi blog personal macam blog aku ni. Sejak adsense menjadi lebih terbuka ini, barulah aku menggunakan adsense di blog. Itupun berhempas pulas berusaha untuk mendapatkannya.
Berbeza dengan nuffnang yang sangat terbuka. Baru buat blog sahaja, sudah boleh letak iklannya. Tapi sedih, sekarang nuffnang sudah tak macam dulu. Iklan pun sudah jarang-jarang ada tersiar. Itu yang semacam lemau nak letak iklannya di blog. Dek kerana masih menghargai jasa nuffnang di blog aku ini, aku akan terus kekalkannya.
Harap sangat nuffnang akan kembali menyinar seperti zaman kegemilangannya. Kenangan dengan duit nuffnang ini aku dapat beli barang-barang yang aku idamkan, dapat berbelanja beli baju anak-anak. Mana boleh aku lupa yang itu. Rindu sangat-sangat nak dapat pendapatan nuffnang macam dulu.
Apakan daya, seciput yang dapat itu pun sangat berharga, walaupun tak ratus-ratus macam dulu. Lepaslah nak belanja anak-anak makan-makan dan beli baju nanti. Itu yang aku sayang dengan nuffnang ini. Akan datang harap tabung nuffnang akan cepat beranak pinak kembali.
Nak tengok pelbagai cerita informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Baru ada kembali 0.02 sen dalam akaun nuffnang, aku tengok tadi... haihh!
Saya dan nuffnang tak pernah berjodohan.
ReplyDeleteTu laa.. sya last year guna nuff... sbb sedih tgk. Tak gerak bnyak mana, rasanya nuff dgn blog dah tak relevan kot... sy dah guna adsens.. stakat ni ok lg, tak bnyak tp gerak laju sikit
ReplyDeleteMacam susah dapat income dengan nuffnang berbanding adsense..
ReplyDeleteTakde jodoh LZ dengan nuffnang..
aida pun br je cash out nuff.
ReplyDelete3 angka. tu pun setelah bbrapa tahun :)
Aah kan...ada be pun..tak bergerak earning nya
ReplyDeleteabe kie dah lama buang nuff dari sidebar sbb x de iklan pun yg kuar! geram tul..
ReplyDelete