Dah di katakan nak diet jaga pemakanan, kenalah tahu menu diet sihat yang di perlukan oleh badan. Apa yang kita jamah dan apa yang kita makan menentukan tahap tubuh badan kita. Nak gemuk atau kurus, berpenyakit atau tak sihat kita yang tentukan. Semua orang akan mengatakan nak jadi sihat. Jadi, ketahui menu diet ini untuk jaga kesihatan dan pemakanan kita... Jom, jom sihat....
Contoh Menu Diet Sihat Yang Boleh Di Jadikan Panduan |
Aku memang nak diet @ jaga pemakanan. Bukan hanya untuk kurus dan sihat tapi untuk menjauhkan aku dari sakit terlantar. Ini salah salah satu ikhtiar aku agar sentiasa sihat dan dapat menjaga keluarga kesayangan aku dengan baik.Tak nak aku membebankan mereka dengan sakit pening aku. Biar sentiasa gembira sahaja keluarga bahagia aku ini.
Menu Diet Sihat Untuk Di Jamah Apabila Tengah Diet Jaga Pemakanan
Itulah aku kongsikan menu diet yang aku jumpa dalam sebuah page di FB. Aku buat ini dengan hasrat untuk mendapat inspirasi bagaimana diet pemakanan harian yang akan aku amalkan di hari-hari yang mendatang ini. Aku dapati, barang-barang iaitu lauk pauk dan sayur sayuran dalam menu diet sihat diorang in mudah saja didapati. Ini menambahkan lagi keterujaan aku nak menjaga pemakanan.
Selain menu diet sihat dan pemakanan sihat yang di tunjukkan, apa yang perlu di buat adalah tinggalkan terus minuman dan makanan manis. Barulah diet benar-benar menjadi. Nasib baik aku memang sudah lama meninggalkan minuman manis jauh ke belakang. Cuma yang aku sentiasa craving adalah kek yang berkirim bagai tu. Tapi tak apa, bukan selalu aku dapat makan. 3 bulan sekali pun kadang-kadang... hehe!
Kurangkan makan makanan yang tinggi karbo, makan suku suku separuh iaitu sayur separuh, nasi suku dan lauk juga suku dan seeloknya rajin puasa dari makanan. Pasti akan mendapat ganjaran yang sihat iaitu penurunan berat badan. Bila sudah sihat pasti nampak kurus. Bonusnya badan akan langsing dan cantik. Mau tak...? Jom....!
Nak lebih informasi dari blog ini, sila klik SINI
p/s: Jom diet puasa dari makanan iaitu diet yang di namakan Intermittent Fasting (IF). Makan hanya apabila di perlukan. Nanti aku cerita lagi... gittew!
#kredit page FB menu & resepi sihat
Haishh, semuanya nampak sedap jer :P
ReplyDelete