16 July 2019

Fenomena Gerhana Bulan Dan Matahari Akan Berada Tepat Atas Kaabah Esok

Esok pagi akan berlaku fenomena gerhana bulan separa. Gerhana bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang bumi yang mana satu, yang sedang di lalui oleh bulan. Esok tau iaitu pada 17hb Julai 2019. Waktu kemuncak gerhana adalah pada pukul 5.30 pagi. Jangan lupa pandang ke langit nanti...!

Fenomena Gerhana Bulan Dan Matahari Akan Berada Tepat Atas Kaabah Esok
Fenomena Gerhana Bulan Dan Matahari Akan Berada Tepat Atas Kaabah Esok

Umat Islam di galakkan dan di sunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana dia antara waktu tersebut. Sebaiknya di lakukan sebelum waktu subuh menjelang. Kali terakhir kita dapat menyaksikan gerhana bulan menghiasi langit Malaysia ialah setahun yang lalu, iaitu pada Julai 2018. Waktu gerhana nanti bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).



Mengikut satu website ini, fenomena Gerhana Bulan Separa bermula dari jam 04:01 pagi hingga jam 06:59 pagi apabila Bulan terlindung oleh bayang “umbra’ Bumi. Litupan maksimum bayang Bumi ke atas Bulan berlaku pada jam 05:30 pagi. Berdasarkan waktu-waktu di atas, secara amnya hampir keseluruhan fasa gerhana bulan separa dapat dilihat di seluruh Semenjung Malaysia. Cuma yang di Sabah dan Sarawak akan terlepas peluang untuk melihat fasa ketika bulan mula keluar daripada kawasan umbra selepas kemuncak gerhana.

Fenomena Gerhana Bulan Dan Matahari Akan Berada Tepat Atas Kaabah Esok


Semakan dan mengesahkan arah kiblat boleh di buat esok apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, ekoran fenomena unik yang berlaku dua kali setahun ini. Planetarium Negara dalam satu kenyataan berkata, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari dihasilkan objek tegak tepat pada jam 5.27 petang waktu Malaysia.

“Orang ramai hanya perlu mencari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantung objek berat dengan talinya yang menegak menghasilkan bayang-bayang menghala arah Kaabah dan bayang-bayang yang terhasil adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” menurut pemberitahuan itu, hari ini. 

Nak dapatkan macam-macam informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kena set timer telefon sebelum subuh esok pagi agar tak terlepas menyaksikannya... huhu!

#kredit falakonline & hmetro

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...