Makan buah durian memang sedap tapi rupanya ada makanan yang tidak boleh di ambil bersama. Maksudnya makanan i ni tak boleh di makan bersekali dengan memakan durian. Durian ini walaupun rasanya sedap sifatnya panas. Kalau di ambil bersama makanan yang juga bersifat panas tentulah akan tambah panas membahang atau mitos jer... Huhu!
Durian memiliki nutrisi di antaranya vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C, serta kalium, kalsium, dan fosforus. Namun di katakan ada di antara makanan dan minuman yang tak elok dimakan bersama-sama durian. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan korang seperti kolesterol, sakit jantung yang boleh mengundang kematian. Ngeri juga mendapat tahu hal ini.
Durian Tidak Boleh Di Makan Bersama Bahan-bahan Ini, Betul Ke Atau Hanya Mitos
SUSU
Durian dan susu sebenarnya mempunyai kandungan sulfur yang sama. Jadi, ketika bersama makan durian dan susu sekali gus, tubuh badan di khuatiri tak dapat berfungsi secara maksimum untuk menghancurkan toksik. Selain itu kalau minum susu dan makan durian, tekanan darah pasti akan meningkat. Bahaya pada pengidap tekanan darah tinggi. Tapi ada aku dengar orang suka makan durian dengan nasi dan susu pekat manis.... hoho!
TERUNG
Kepada penggemar sayur terung di nasihatkan janganlah buang tabiat makan terung cecah durian pula. Ini kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan korang. Benda ini sangat bahaya terutama kepada penghidap sakit jantung. Nasib baik aku tak pernah letak terung dalam gulai tempoyak. Tak pernah terfikir pun... hahaha!
DAGING
Makan daging ini semua boleh buat badan panas. Makan pula bersama durian, pastilah akan semakin memudaratkan kesihatan terutama kalau mereka yang mengalami keradangan. Selain itu ia boleh buat kan anda mengalami kolesterol tinggi dan darah tinggi. Makan durian dengan daging tak pernah di buat orang tapi makan tengahari lauk rendang daging bersama nasi dan sambal tempoyak tu biasa. Bahaya ke idok?
KETAM
Buah durian dipercayai mampu memberikan kehangatan dalam tubuh, namun ketam pula dipercaya imembuat tubuh menjadi sejuk. Perbezaan yang ketara inilah membuat keduanya tidak baik untuk dimakan secara bersama. Ketam dan durian juga memiliki kandungan kolesterol yang tinggi. Tak pernah di buat orang pula makan dengan ketam. Ada ke?
MINUMAN BERKARBONAT
Ia mengandung kafein yang tinggi. Gas dalam minuman karbonat itu sendiri dapat meningkatkan frekuensi detak jantung pada tubuh. Selain itu, kandungan gula yang ada pada minuman karbonat sangat tinggi. Efek yang ditimbulkan dari makan minuman karbonat dan durian pasti dapat meningkatkan tekanan darah tinggi, jantung, dan berpotensi diabetes. Sangat merbahaya tu.
BUAH MANGGIS DAN LAICI
Sudah pasti buah-buahan ini kaya dengan vitamin C. Selain itu buah-buah ini memiliki kandungan gula yang tinggi. Makan pula bersama durian yang memiliki gula yang juga tinggi. Pasti boleh kena diabetes. Buah manggis biasanya di tanam di dusun bersama buah durian. Kalau sudah musim durian, mesti sekali dengan musim manggis. Kata orang tua, manggis bersifat sejuk apabila di makan bersama durian akan meneutralkan kepanasan durian. Pelik juga di katakan tak boleh di makan bersama... heh!
Tapi apapun walau hanya di katakan mitos atau tidak, nak ingatkan supaya makanlah raja buah itu dalam kadar yang sederhana dan mengikut piramid makanan yang sihat tau. Ingat, dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori tau. Fikirlah baik-baik okey!
Nak dapatkan cerita dan informasi di blog ini... klik SINI
p/s: Janganlah makan durian dengan benda-benda pelik takut memudaratkan. Ada ke makan dengan ramen pedas giler. Terperanjat perut terus masuk hospital nanti... huhu!
Yang penting makan durian berpada2.
ReplyDeleteKalau melebihi had, memang memudaratkan.
Hari tu..lepas makan lauk petai...suami makan durian... lepas tu...pening tak boleh bangun
ReplyDeleteHari-hari tala durian pun susah juga.
ReplyDelete