Habuk hinggap merata-rata sekitar rumah dan antara tempat paling ketara habuk melekat adalah di bilah-bilah kipas angin. Itu sebabnhya aku nak kongsi DIY cuci bilah kipas dengan pelembut pakaian. Dengan cara ini bilah-bilahkipas tahan lebih kuran 3 bulan tanpa di hinggapi habuk. Mudah sangat cara nak cuci bilah kipas dengan pelembut pakaian ini.
DIY Cuci Bilah Kipas Dengan Pelembut Pakaian Tahan Tanpa Habuk Selama 3 Bulan |
Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan mata. Tambahan pula sekiranya baru sahaja membersihkan kipas anda pada beberapa hari yang lepas, habuk pada kipas anda sudah meletak seseolah ianya tidak pernah dibersihkan.
Macam tak percaya saja masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan bahan yang sudah tersedia ada di pasaran dengan cara yang mudah teramat sangat tanpa perlu berbelanja lebih. Jimat masa dan jimat kos keseluruhannya. gitteww!
DIY Cuci Bilah Kipas Dengan Pelembut Pakaian Tahan Tanpa Habuk Selama 3 Bulan
Caranya mudah seperti diterangkan di sini:
- Mula-mula basuh dan bersihkan kipas seperti biasa terlebih dahulu.
- Apabila kesemua habuk dan kotoran sudah dibersihkan hingga berkilat tuangkan pelembut pakaian ke dalam penutup botol tanpa perlu dicampurkan dengan air.
- Kemudian, celupkan span ke dalam cecair pelembut ini dan sapukan kepada permukaan bilah-bilah dan jaring kipas.
- Biarkan selama 5 minit sebelum anda membilaskan ia dengan air. Keringkan dan pasangkan kembali kipas seperti sediakala.
Semudah ABC rupanya untuk mengelakkan kipas di selaputi habuk lebih kirang selama 3 bulan itu. Bolehlah di praktikkan nanti di semua kipas dan peralatan di rumah. Semoga habuk terus menjauh dengan cara ini... hehe!
Untuk melihat pelbagai informasi di blog ini klik SINI
p/s: Satu perkongsian yang sangat bermanafaat... huhu!
#kredit Kelab kaki DIY Malaysia
Ooooo...gittew ye. Lps lap dgn pelembut. Tggu 5 minit. Lap pula dgn air. Tp confirm eh kipas x jd lembut?
ReplyDeleteTq sis atas tips.. nanti nak try lah
ReplyDeleteWahh. Diy cuci ni boleh bertahan sampai 3 bulan.
ReplyDeleteMudah dan jimat. Guna bahan kat rumah je :)
Habuk tebal pada kipas boleh sebabkan hidung gatal dan tersumbat. Saya alah pada habuk2 ni. Hehe.
Tq sharing ya:)
Wahhh dah ada Matched Content google AdSense... hebat tu... Boleh cuba DIY ni :)
ReplyDelete