23 July 2019

Antara Punca Rezeki Terhalang Adalah Dari Bilik Air Rumah Kita Sendiri...

Dapat perkongsian tentang bilik air jadi punca rezeki terhalang.  Saja nak kongsi walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih. Aku catat di blog aku ni untuk jadi pedoman diri dan semua yang membaca. Dalam Islam memang kita tahu bahawa bilik air adalah tempat tinggal setan dan jin. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak. Jadi, antara punca rezeki terhalang adalah dari bilik air yang kotor mengundang setan dan jin tinggal. Oooo... baru faham yer!

Antara Punca Rezeki Terhalang Adalah Dari Bilik Air Rumah Kita Sendiri...
Antara Punca Rezeki Terhalang Adalah Dari Bilik Air Rumah Kita Sendiri... 

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Antara Punca Rezeki Terhalang Adalah Dari Bilik Air Rumah Kita Sendiri... 


Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?

Tandas kotor
Adakah bilik air kita bersih seperti ini?

- Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?

- Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?

- Sinki dalam bilik air berkerak?

- Bau bilik air anda setaraf tandas awam?

-  Pintu bilik air sentiasa terbuka? 

Bila bilik air kotor, setan dan jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya setan dan jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik air kotor jadikan rezeki payah masuk. Maka dari situ punca rezeki kita tersekat!



- Setan dan jin akan meruntuhkan kasih sayang yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. Anak jadi bidap, isteri hilang hormat pada suami, suami pemalas!

- Sifat-sifat negatif akan banyak dalam diri kita contohnya irihati, cepat sentap, rasa diri selalu betul orang lain salah, sombong, bongkak, lupa Allah (Tak solat, puasa dan berzakat).

- Bila kita melakukan sesuatau perniagaan, emosi kita haruslah stabil. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

- Bermula hari ini kena rajin basuh bilik air.... Gittew!!

Kalau bilik air di luar rumah, kita termasuk dalam zon selamat. Tapi pada zaman ini ada ke lagi rumah yang bilik air di luar. Lebih-lebih lagi rumah yang bertingkat- tingkat @ rumah flat. Rumah kampung zaman sekarang pun sudah di lengkapi bilik air di dalam rumah. Jalan penyelesaian jaga bilik air dengan sewajarnya. Wangikan bilik air bagaikan kita boleh tidur di dalamnya.... Kan!

Nak dapatkan pelbagai informasi bermanafaat di blog ini... klik SINI

p/s: Satu infodan perkongsian yang bermanafaat. Mendidik kita untuk sentiasa menitikberatkan kebersihan di tempat paling sensitif di rumaa... huhu!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...