Bagi para tukang masak atau para suri rumah, jenis-jenis cili kering juga memainkan peranan dalam masakan yang menggunakannya. Kalau salah memilih jenis cili kering, kemungkinan jadi kurang rasa atau melebihi rasa pedas yang tak tertahankan. Juga boleh membuat perut orang yang memakannya merana di sebabkan sakit perut. Jadi, sewajarnya tukang masak, suri rumah dan orang-orang yang memilih dan membeli barang mentah di dapur ambil tahu tentang jenis-jenis cili kering ini.
Wajib Tau Jenis-Jenis Cili Kering, Kalau Tidak Merana Perut Di Buatnya |
Aku pernah sekali dua terkena dengan cili kering yang super pedas ini. Letak cili kering seperti biasa dalam masakan sambal tumis, sekali rasa sambal tumis pedas meraung di buatnya. Suami beli di tempat biasa saja iaitu di pasaraya Mydin. Rupa-rupanya ada juga beberapa orang yang terkena macam aku iaitu beli di tempat yang sama sebab diorang ada up di FB.
Tak jadi sekejap aku beli cili kering di Mydin masa tu. Beli cili kering di pasar saja. Itupun suruh en. suami tengok betul-betul. Jangan terbeli cili kering yang berkilat panjang tu. Takut terkena yang super pedas lagi. Sekarang aku tengok di Mydin dah tak ada lagi yang jenis super pedas ini. Boleh dah membeli cili kering di situ.
Wajib Tau Jenis-Jenis Cili Kering, Kalau Tidak Merana Perut Di Buatnya
Jenis-jenis cili kering yang wajar di ketahui:
Jenis 1 – Pedas Biasa(668 Byadgi)
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini,pedasnya biasa sahaja.Budak budak pun boleh makan.Akan tetapi ada musim ia akan rasa sedikit pedas walaupun cili yg sama(668) kerana proses tuaian dan tanaman berskala besar di india ada perbezaan jenis cili kering walaupun sedia maklum mak mak kite tau bila beli cili kering mesti cari 668 byadgi kurang pedas pada kebiasaannya.
Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
Jenis 3 – Kurang Pedas (Etho)
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak dan dicampur dengan cili kering 668 byadgi utk rasa yang lebih lemak.
Jenis 4 - kurang pedas (Wonder Hot)
Ramai ingat Cili ni pedas sebenarnya tak.ia sama mcm cili yang pedas dan berkilat...Tak banyak jual di pasaran di malaysia.Cuma jenis ni berasal daripada China warnanya agak gelap dan sedikit keras dan liat seperti cili kering Etho.
Hadamkanlah jenis-jenis cili kering ini untuk memudahkan kita masak hidangan yang lazat. Tersalah memilih akan merugikan dan menjadikan masakan kita kekurangan rasa kurang kesedapannya. Kata orang yang tak peka, cili kering je pun! Tapi kalau tak kena cara, boleh kena saman sebab memudaratkan kesihatan seseorang.. heh!
Nak baca lebih banyak informasi, klik SINI
p/s: Serik masak lauk sambal tumis terlebih pedas meraung. Walau kami sekeluarga jenis tahan, tapi kalau dah meraung tu, tak berdaya juga menahannya.
#sumber FB page Cili Giling K&F
Dah ba yak kali terkena beli cili kering yang suoer pedas. Sampai tak boleh nak makan. Jenuh belek2 cili kering. Penyudahnya buat kajian sendiri. Kalau cili kering dari india memang takkan beli sebab pedas tak boleh vawak bi cang. Kalau cili kering yang besar2 gemok xpedas langsung atau cili mering dari china pedas yang biasa
ReplyDelete