25 June 2019

Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

Aku masak menu sayur ini beberapa hari lepas iaitu, tumis sayur kacang panjang dan carot bersama udang kertas. Untuk mendapatkan khasiat pemakanan yang benar-benar berkesan, diet yang betul perlulah di ikuti berpandukan piramid makanan. Menu sayur-sayuran sewajarnya mesti ada dalam pemakanan seharian. barulah seimbang. Jadi, tumis sayur kacang panjang dan carot bersama udang kertas inilah sejenis menu sayur yang aku masak beberapa hari lalu. 

Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas
Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

Berwarna-warni juadah sayur aku ini. Ini adalah satu rahsia untuk memancing mata agar tertarik memakannya. Jangan tak tau, dari anak-anak aku masih kecil lagi aku suka masak cara warna-warni begini. Anak-anak tertarik dan akhirnya suka makan sayur. Telah terbukti sehingga kini, setelah remaja, anak-anak seperti aku yang menjadikan sayuran salah satu makanan seharian. 



Selain kacang panjang dan carot, sayuran kekacang yang lain ataupun sayuran hijau boleh juga di tumis macam ini. Kalau tak ada udang kertas, ikan bilis pun boleh di letak bersama. Semuanya boleh dan sedap serta berselera untuk di jamah. Sayur-sauruan ini adalah sumber serat yang bagus untuk vitamin dan pencernaan tubuh badan.

Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas


Bahan-bahan:

Secekak kacang panjang
Sebatang carot
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 cawan udang kertas
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
1 sudu makan sos tiram
1/4 caan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Kacang panjang dan carot di potong dan di bersihkan. Udang juga di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan.  Bawang merah dan bawang putih di hiris halus. Cili merah di hiris juga.

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan tumis bawang merah, bawang pitih dan cili merah bersama udang kertas. Goreng sehingga hampir garing. 

Seterusnya masukkan kacang panjang dan carot. Kacau sebati. Masukkan kiub ayam dan sos tiram. Masukkan juga air. Kacau rata. 

Pastikan kacang panjang dan carot benar-benar empuk sedikit. Sebelum itu perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk di jadikan hidangan iringan makan tengahari atau malam.

Oh ya, kuantiti sayur itu bolehlah di tambah atau di kurangkan ikut kesesuaian keadaan atau berapa orang yang nak makan. Buat sikit tak cukup pula atau buat banyak takut terbuang juga. Apapun, masukkan sayur-sayuran dalam hidangan seharian untuk kesihatan yang lebih baik.

Nak pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Penting makan sayur dan buah hari-hari untuk menyenangkan pembuangan... hehe!

1 comment:

  1. Menarik berwarna warni dan sedap dimakan.. dari mata turun ke mulut..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...