Baru hari ini sempat bercerita kisah ini di blog aku. Kisah blog aku di petik oleh mStar Online berkenaan resepi sup ketam. Tak sangka resepi masakan aku tersiar iaitu sup ketam yang masak main campak-campak itu yang terpilih. Punyalah banyak masakan lain yang aku buat, sup ketam itu yang menjadi resepi masakan aku yang tersiar di mStar Online itu... hehe!
Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online Ramadhan Lalu... Huiyooo!! |
Teruja jugalah sekejap. Bukan senang blog aku nak di paparkan di media sosial sebesar itu. Apalah sangat blog aku yang hanya sekadar blog picisan yang tak di pandang orang. Apapun ia satu pencapaiaan yang tak di sangka-sangka. Seronok aku di buatnya. Nak tengok paparan resepi sup ketam itu di Mstar.com klik SINI
Blog aku ini bukanlah blog berkonsepkan blog masakan sepenuhnya. Lebih kepada blog yang memaparkan pelbagai rencah kehidupan iaitu gaya hidup. Tapi banyak juga resepi-resepi masakan yang aku paparkan di blog ini. Hanya resepi yang biasa yang mudah saja. Tak ada resepi gempak macam blogger masakan tu. Tapi ada juga beberapa resepi aku melekat di laman utama google... hihi!
Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online Ramadan Lalu... Huiyooo!!
Sesungguhnya hal ini lah yang menjadi pemangkin semangat untuk aku terus menapak dan meneroka lebih jauh dalam media sosial ini dan mempelbagaikan lagi resepi dan informasi di blog ini agar terus relevan dengan situasi semasa. Apa lagi, aku akan teruskan perjuangan menulis blog tanpa rasa jemu.
Aku memang suka kerjaya ini iaitu menjadi seorang blogger. Blogger di blog sendiri dan menulis dengan gaya tersendiri tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Masa dan suasana pula aku selaraskan dengan kehidupan sendiri. Tak di pertontonkan di mana-mana media sosial lain pun aku tak kisah. Tapi kalau sesekali dapat tu memang mengujakan juga.. huhu!
Nak baca pelbagai informasi di blog ini... klik SINI
p/s: Diam tak diam aku dah berkecimpung di bidang ini sejak 2010 lagi. Hampir 10 tahun tau!!
Tahniah! Teruskan usaha lagi.
ReplyDeleteWahhh hebat kak akma! Alhamdulillah. Tahniahh kak :D
ReplyDeletetahniah!
ReplyDeletealhamdulillah...