Akhirnya Raya Aidilfitri 2019 telah menjelma. Hari ini Aidilfitri yang ke enam. Kami telah pulang dari kampung setelah berhariraya di kampung halaman aku pada pagi raya kedua di Negeri Perak. Telah menjalani kehidupan seperti kebiasaannya semalam. Tahun ini terasa kemeriahannya setelah menghadiri 2 perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 bersama keluarga dan sanak saudara... Happening sungguh!!!
Raya Aidilfitri 2019 Yang Meriah.... Yuhuu!!! |
Perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 di sebelah kedua2 ibubapa aku ini berlangsung dengan meriah sekali. Itu yang seronoknya. Bayangkan dengan sanak saudara yang ramai, bagaimana nak pergi kesemua rumah mereka. Ini serentak berjumpa di suatu majlis. Sangat memudahkan untuk aku bertemu dengan mereka.
Setiap tahun rutin kami sekeluarga pulang pada hari raya kedua sebab en. suami bekerja pada raya pertama. Dia mana nak tempuh kesesakan jalanraya tu, jadi dia bagi peluang kawan-kawannya bercuti dahulu. Selepas subuh raya kedua kami bertolak dari Shah Alam sampai ke kampung aku dalam pukul 10.30 pagi terus menerus tanpa kesesakan lalu-lintas.
Raya Aidilfitri 2019 Yang Meriah.... Yuhuu!!!
Ingat selepas tengahari nak berjalan-jalan keliling kampung dan bertemu kawan-kawan lama, tapi tergendala terus rancangan sebab ramai pula tetamu yang hadir berkunjung ke rumah. Selaku tuan rumah, kenalah melayani tetamu sampai ke senja.... alahai!!!
Sebelum pergi berhari raya ke rumah saudara mara pada raya ketiga, mesti ada sessi bergambar terlebih dahulu. Buat kenangan di kemudian hari. Tak nak gambar hilang lesap di telan waktu berlalu, wajib aku tepek di blog aku ini. Layan.... ehhh!!
Kenangan Raya Aidilfitri 2019 |
Letih beraya masih tak hilang lagi ni. Masih mamai sebab banyak makan lauk raya yang tinggi kolesterol. Nasib baik aku jenis yang tak kena sakit urat sebab lebih makan lemang. Elok tahan badan aku lagi. Sakit gigi yang menyerang di awal puasa aritu pun dah tak ada.. lega!
Nantikan updated aku seterusnya tentang majlis perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 di blog ini esok dan lusa pula. Entri ini aku letak gambar keluarga beraya dulu. Gambar-gambar lain akan menyusul nanti. Happening Raya Aidilfitri 2019 ini... !!
p/s: Paling happening, tak memasal boleh sesat jalan di Sabak Bernam sebab banyak sangat pembinaan jalan di situ. Waze pula tak membantu langsung. Sudahnya 4.30 petang dari Bota, dekat 11.00 malam baru sampai Shah Alam... Penat!!
alhamdullilah
ReplyDeleteselamat hari raya 2019 (^_^)
ReplyDeleteSelamat hari raya kak & keluarga
ReplyDeletemat ri ye yeee... hehehe
ReplyDeleteSelamat hari raya...
ReplyDeleteSalam lebaran 1440H
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
ReplyDelete