22 June 2019

PeKa B40 | Penerima BSH berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program Ini

Kerajaan Malaysia telah menyediakan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan sasaran B40 melalui Kemenerian Kesihatan Malaysia. PeKa B40 ini inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Penerima BSH berumur 50 tahun ke atas secara automatik layak menerima manfaat program PeKa B40.

PeKa B40 | Penerima BSH berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program Ini
Penerima BSH berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program PeKa B40


Skim ini terbuka kepada rakyat Malaysia menepati kriteria berikut:

- Tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau B40
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar
- Berumur 50 tahun dan ke atas
- Tiada pendaftaran perlu dilakukan dan penyertaan adalah secara automatik serta percuma kepada penerima PeKa B40

PeKa B40 | Penerima BSH berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program Ini


Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan  untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, dan Insentif Tambang Pengangkutan. Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
Saringan kesihatan merangkumi:

- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- Ujian darah dan ujian air kencing
- Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.



Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut. Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini. Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.

Ada lagi beberapa kriteria yang yang perlu di ketahui bagi manfaat program PeKa B40 ini 

Antara manfaatnya:

- Bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan
- Bantuan RM500 / RM1,000 bagi menampung kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital
-

Semakan kelayakan online anda di SINI. Selain menyemak kelayakan, anda juga boleh ketahui senarai klinik seluruh Malaysia yang menyertai program PeKa B40 ini.  Selain itu pelbagai informasi dan maklumat berkeaaan program PeKa B40 ini boleh di ketahui. Hanya klik saja pautan yang di sediakan di portal atau laman web itu. Semua maklumat di hujung jari saja.

Ini salah satu program kerajaan yang amat memberi manfaat kepada golongan bawahan. Untuk keluarga yang ibubapanya ada mengidap penyakit kronik yang berpanjangan, program ini memang sangat membantu. Nampak syarat-syaratnya memang ketat sekiranya menepati kriteria mesti boleh di terima.  

Nak lebih infomasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kongsi maklumat ini kerana ramai lagi yang tak tahu kewujudan program ini....

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...