11 June 2019

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim...Seronoknya!!

Setiap keluarga pasti ada salasilah kehidupan yang terdahulu. Tak terkecuali aku yang mempunyai salasilah keturunan yang kini telah berkembang besar. Jadi, untuk mengekalkan ikatan silaturrahim keluarga besar ini satu Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim telah di adakan untuk menjalin ukhwah keluarga agar terus di ingati yang kami ini dari susur galur keluarga yang sama. Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim yang cukup meriah menghimpunkan lebih daripada 100 ahli keluarga... Seronoknya!

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim...Seronoknya!!
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim...Seronoknya!!

Majlis ini telah di rancang seawal hari pertama ramadan lagi. Telah di adakan di tapak asal rumah keluarga Tok Panjang Taharim dan Opah Embun di Kampung Padang Tenggala Bota Kanan, Perak pada raya ketiga. Rumah asal itu adalah tempat aku di lahirkan tapi kini tinggal tapak saja. Telah di robohkan kerana terlalu uzur dan hampir menyembah bumi. Hanya tinggal kenangan... hmmm!!



Dari 9 orang anak Tok Panjang dan Opah Embun aku ada hampir 50 orang sepupu. Emak aku anak yang ke enam. Bukan semuanya sepupu sepapat mengenali antara satu sama lain. Hanya sebahagian saja yang dikenali. Apa tidaknya, kebanyakannya membesar di tempat lain. Jadi, di majlis sebeginilah baru dapat mengenali sesama saudara mara. Ada yang tinggal satu kawasan  di Kuala Lumpur pun tak di sangka bertemu majlis ini.

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim...Seronoknya!!


Makan minum di majlis ini di buat secara potluck iaitu setiap keluarga bawa juadah masing-masing. Oleh kerana aku tinggal jauh, jadi aku persiapkan sedikit juadah hari raya yang tak seberapa untuk majlis ini. Tak perlu taulah juadah apa, cuma ianya juadah ringkas yang boleh tahan lama sebab aku bawa balik beraya di rumah keluarga aku dulu. 

Mak aku pula telah meminta aku memasak meehoon goreng untuk di bawa ke majlis itu. Itupun juadah ringkas yang main campak-campak saja aku buat. Aku lihat habis juga meehoon itu di jamu pada sanak saudara yang ada. Keluarga ramai, jadi banyak makanan yang di sediakan oleh masing-masing keluarga. Penuh sepenuh-penuhnya dua meja makan tu dengan makanan. Makanan pula sedap-sedap belaka.

Seronok dapat berjumpa saudara mara jauh dan dekat tak dapat di gambarkan. Dapat jumpa mak saudara dan pak saudara yang sudah semakin uzur. Kalau nak singgah ke rumah mereka semua, manalah sempat. Di pertemuan sebeginilah perjumpaan menjadi mudah. Dapat terus berjumpa mereka. Harap akan ada majlis sebegini tiap-tiap tahun. Ini sebenarnya pun bukan kali pertama majlis keluarga Panjang Taharim di buat. Pernah sekali di adakan cuma masa tu di buat waktu cuti biasa. Tak dapatlah aku menghadirinya.

Suasana Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim

Kalau tidak di buat perjumpaan sebegini, memang tak akan bertemu dan tahu antara satu sama lain yang kita dan mereka bersaudara. Hal ini terjadi pada anak perempuan aku yang belajar di asrama iaitu tiba-tiba ada budak lelaki menegurnya. Rupa-rupanya mereka belajar di sekolah asrama yang sama. Bukanlah satu kelas tapi senior kepada anak aku. Kenal kata anak aku tu tapi kenal gitu sajalah. Kalau tak bertemu di perjumpaan ini tak tahu pun mereka sebenarnya bersaudara... huhu!

Sessi bergambar yang di adakan itu hanya sebahagian kerana ada yang pulang cepat dan ada juga yang malu-malu nak bergambar. Di tambah lagi yang tak dapat hadir. Kalau tidak lagilah ramai. Aku generasi ke tiga keluarga ini. Generasi yang ke bawah-bawah lagi tu, punyalah ramai anak-anak buah aku. Tak terkirakan ramainya generasi keluarga panjang Taharim ini. 

Nak baca cerita dan catatan serta informasi di blog ini... klik SINI dan SINI

p/s: Semoga perjumpaan sebegini akan menjadi acara tahunan saban tahun... Amin!!!

2 comments:

  1. Satu kepuasan dan nikmat bila dapat berkumpul macam ni...yang tak kenal jadi kenal.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...