24 June 2019

Drama Bukan Cinta Aku Ada Persamaan Dengan Satu Drama Ini Melalui Plotnya... Huh!

Makin lama aku menghayati cerita drama Bukan Cinta Aku ini episod demi episod, aku terperasan drama ini serupa sangat plotnya dengan satu drama ni. Kau Yang Terindah nama drama itu. Pelakon utamanya adalah neelofa, Nazim Othman daan seorang pelakon Indonesia yang tak di kenali. Watak pelakon Indonesia dalam cerita itu bernama Firman.

Drama Bukan Cinta Aku Ada Persamaan Dengan Satu Drama Ini Melalui Plotnya... Huh!
Drama Bukan Cinta Aku Ada Persamaan Dengan Satu Drama Ini Melalui Plotnya... Huh!

Drama Bukan Cinta Aku mengisahkan Riana, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Riana telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Riana jatuh hati pada Arjuna.

Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Riana kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Riana. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Riana.

Drama Bukan Cinta Aku Ada Persamaan Dengan Satu Drama Ini Melalui Plotnya... Huh!


Suatu hari, Riana sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Riana merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Riana sepanjang mereka di Itali.

Berita itu menggembirakan Riana kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Riana sudah ada rancangan lain untuk Riana. Mereka ingin menjodohkan Riana dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Riana membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Riana lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Riana membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Riana dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Riana. Mereka kecewa kerana Riana mengkhianati kepercayaan mereka. Riana telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Riana.

Pernikahan antara Riana dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Riana tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Riana dengan baik, memenuhi segala permintaan Riana tetapi dia tidak mampu membuatkan Riana untuk menerimanya. Cerita ini belum habis di sini, ada lagi dan masih di siarkan di TV.



Sinopsis drama Kau Yang Terindah pula mengisahkan tentang Firman  yang berhijrah ke Malaysia untuk belajar di sebuah kolej. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya. Di samping itu Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel. Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah bersama ibunya. 

Cerita Kau Yang Terindah aku sudah tahu kesudahannya. Kesudahan yang biasa berlaku dalam novel dan cerpen iaitu cinta tewas. Perkahwinan pilihan keluarga serta restu keluarga yang benar dan menang iaitu Alisya menerima Syamiel dalam hidupnya walau sudah bertemu Firman di depan mata di Mekah.

Harap pengakhirannya drama Bukan Cinta Aku berbeza, biarlah Rania  berbahagia dengan cintanya.  Kalau sama juga pengakhirannya, bagaikan mengulang plot yang sama persis jugalah. Apatah lagi produksi drama dari syarikat yang sama. Cerita juga adalah sama iaitu cinta dari dua negara, Malaysia dan Indonesia. Boring... !!

Nak baca info-info menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Minat dengan Baim Wong membuatkan aku suka dengan cerita ni. Plot yang sama tu yang tak boleh tahan... euuuuww!

3 comments:

  1. x boleh blah citer bukan cinta aku ni sebab meluat ngan pangai Riana plus tak suka pun ngan pelakon yg bawak watak riana ni..haha...

    ReplyDelete
  2. Sebiji macam cerita hindustan hum dil chuke sanam ashwararai n salman Khan
    Azizah Ahmad kl

    ReplyDelete
  3. aida x tgk sgt citer ni.
    sebab waktu nyer x kena :)
    tak pernah dpt layan drama cenggini.
    tapi tau dah ending nyer dari update friends di fb.
    suka juga dgn baim wong.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...