25 May 2019

Terkesan Aku Dengan Drama Bersiri 'CARI AKU DI SYURGA'

Aku akui aku memang penggemar cerita bersiri di rancangan televisyen. Apa cerita pun aku boleh tengok. Tak kisah lah bagus atau tak bagus tu. Ada di antaranya terkesan di hati. Tapi kebiasaannya berlalu bagaikan angin saja perginya. Drama terkini 'cari aku di syurga' ini terkesan di hati aku. Memberi kesan yang mendalam jugalah... hahaha!



Drama 'cari aku di syurga ini gandingan lakonan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana. buat pertama kali rasanya mereka ini bergandingan dalam satu drama. Best drama ini yang mengisahkan antara dua darjat yang berlainan kehidupan iaitu bandar dan kampung.

Terkesan Aku Dengan Drama Bersiri 'CARI AKU DI SYURGA'


Sinopsisnya mengisahkan Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.



Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan gangguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Wah... betul-betul menjeruk rasa cerita ni. Cerita ini dapat di tonton di slot Samarinda, TV3 pada pukul 10 malam. Rasanya sudah lebih separuh episod di tayangkan. Pelakon terdiri dari Ariel Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri dan Hun Haqeem. 

Nak lihat pelbagai informasi di blog ini.... klik SINI

p/s : Pada sesiapa yang tak sempat tengok di TV3, boleh layari youtube.

2 comments:

  1. yg ni ray nak tgk but i know im gonna cry if i do

    ReplyDelete
  2. Sedih btol tgk cite ni..kesian anas n anak dia suri..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...