Untuk ke sekian kalinya masak lemak cili api lagi. Tak jemu-jemu dengan lemaknya ini. Di tambah lagi dengan lauk sayur kampung iaitu pucuk paku yang gerenti lazat. Sudah semestinya sedap memikat tak cukup nasi sepinggan. Kali ini masak lemak cili api pucuk paku bersama udang yang semestinya menambah rasa lemak manisnya gulai ini.
Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku Bersama Udang Kertas Yang Terasa Lemak Manisnya |
Resepi kegemaran en. suami ini yang menjadi kegemaran juga seluruh keluarga suda semestinya akan terasa pedasnya. Bagi kami sekeluarga lebuh pedas lebih berperisa dan sedap tapi untuk orang lain kena di kurangkan rencah cili apinya. Buatlah sesuai citarasa. Namun jangan di kurangkan lemak santannya dan masak jangan sampai pecah minyak. Nanti cair dan kurang pula kelazatannya.
Ada orang yang kisar bahan rencahnya atau ada juga panggil bumbu iaitu cili api, isi kunyit bersama bawangnya. Aku lebih suka guna cara lama iaitu tumbuk dalam lesung batu menggunakan tulang empat kerat ini. Rasa lebih sedap dan umpph. Inilah resepi biasa yang aku perturunkan di sini...
Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku Bersama Udang Kertas Yang Terasa Lemak Manisnya
Bahan-bahan:
Secekak besar pucuk paku
300 gram udang kertas (udang kecil
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Sebiji tomato (jika suka)
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Udang di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan. Pucuk paku di ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Di patah-patahkan dan di bersihkan dari kotoran.
Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.
Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama pucuk paku, udang, serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan semua tu..
Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula.
Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian.
Sebelum di angkat masukkan sebiji tomato (jika suka) yang di belah empat atau enam. Hidangkan untuk hidangan tengahari atau malam.
Tak pernahtak sedap laukmasak lemak cili api ini. Masaklah dengan bahan apapun tetap en.suami dan anak-anak berselera makan tanpa rasa jemu. Lauk iringan bila makan masakan ini biasanya hanya ikan masin goreng saja. Itupun sudah meletup kesedapannya...hehe
Nak dapatkan pelbagai resepi masak lemak cili api di blog ni... klik SINI
p/s: Jangan lupa, untuk yang nak kurang pedas, kurangkan jumlah cili api nyer... Kami sekeluarga memang kuat pedas. Tak podeh, tak sodapp, aihhh!!!
Ya Allah. Sedapnya. Nasib baik perut dah kenyang 😁
ReplyDeleteDua dua favorite ni. Pucuk paku dan udanggg!
ReplyDeletemantap nih untuk menu berbuka
ReplyDeletepucuk paku kegemaran saya hihihi
ReplyDelete