08 May 2019

Resepi Asam Pedas Sardin Yang Sedap Dan Mantap

Nak masak yang simple dan sedap, masaklah lauk asam pedas sardin. Rasanya sedap dan mantap apabila di masak likat dan pekat. Ini antara lauk kegemaran aku sekeluarga jugalah. Kali ini masak bersama ikan sardin dengan sos tu. Tapi bukan ikan sardin dalam tin tu. Tapi ikan sardin dengan sos yang di buat sendiri.

Resepi Asam Pedas Sardin Yang Sedap Dan Mantap
Resepi Asam Pedas Sardin Yang Sedap Dan Mantap

Nak resepi sardin dengan sos yang aku buat itu boleh klik SINI. Sejak viral cerita sardin dalam tin ada cacing, memang aku dah tak makan sardin kecuali di buat sendiri. Bukannya apa, kalau boleh di elak, seeloknya elakkan memakan sesuatu yang mengerikan itu. Lagipun lebih baik buat sendiri apabila boleh membuatnya sendiri. Taklah terasa was-was sahaja.



Resepi ini adalah resepi biasa saja. Ramai orang pandai membuatnya. Aku pun belajar memasak gulai ini setelah berkahwin dengan orang sebelah selatan. Kali ini buat menggunakan ikan sardin dengan sos pula. Sedap juga apabila di masukkan sos ikan itu sekali. Ada sedikit kelainan rasanya. Namun tetap sedap menjilat jari, gitu...!

Asam Pedas Sardin Yang Sedap Dan Mantap


Bahan-bahan:

4 ekor ikan sardin bersama sos
8 biji bendi
1 biji tomato
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
3 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Air secukup di perlukan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Daun kesum atau bunga kantan (jika mahu)
Sedikit belacan(jika suka)

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup di tumbuk atau di kisar lumat. Halia di ketuk. Bendi di bersihkan dan tomato di belah 4 atau 6.

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili giling dan tumiskan hingga garing. Masukkan air secukupnya dan masukkan juga pes asam jawa.

Air di masukkan itu hanya setakat yang di perlukan. Sekiranya nak pekat, kurangkan air. Kalau nak berkuah lebihkan air. Seterusnya masukkan bendi yang di potong pangkal dan hujungnya masa itu juga untuk mengelakkan berlendir dan renih sehingga lembut.

Sementara itu perasakan dengan garam dan gula serta di sesuaikan rasanya. Setelah itu masukkan ikan sardin bersama dengan sosnya.

Sebelum api di tutup masukkan tomato yang telah di potong baji. biarkan seketika barulah di tutup api. Sekiranya nak masukkan belacan, masukkan semasa memasukkan pes asam jawa. Begitu juga dengan daun kesum atau bunga kantan.

Memang berselera makan asam pedas ikan sardin sos ini. Sedap dan lembut saja ikan ini masuk ke tekak aku. Masam-masam manis saja rasanya. Barulah rasa sedap dan mantap.

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Sedap dan berperisa rasa ikan sardin asam pedas ini... huhu!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...