13 May 2019

Petua Mengatasi Letih Dan Lesu Di Bulan Puasa

Di sebabkan aku rasa letih dan lesu yang amat di bulan puasa ini aku carilah cara dan petua untuk menghilangkan rasa ini. Mana tidaknya, sangatlah letih dan lesu tubuh ini. Kiranya petua ini untuk mengatasi letih dan lesu aku ni. Kalau tak dapat menghilangkan, mengurangkan sedikit keletihan dan kelesuanini pun jadilah.. kan!

Petua Mengatasi Letih Dan Lesu Di Bulan Puasa
Petua Mengatasi Letih Dan Lesu Di Bulan Puasa

Terjumpalah satu petua China ini. Tekniknya adalah dengan cara menempelkan ais pada satu titik di tubuh selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. Selain untuk mengatasi keletihan dan kelesuan, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Banyak manafaat dari petua ini iaitu sekira di lakukan  secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda. Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut di kenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”. Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.



Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan petua terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Petua Mengatasi Letih Dan Lesu Di Bulan Puasa


Selain itu menempelkan ais pada titik Fung Fu di belakang leher sangat baik  untuk:

- mengatasi sakit kepala dan migrain
- meringankan sakit gigi dan sakit sendi
- mencipta kesan relaks
- meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan
- meningkatkan kualitu tidur
- memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular
- mengatasi asma
- mencegah sering bersin dan hidung berair
- mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
- membaiki sistem pencernaan
- menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual
- mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
- mengatasi gangguan kelenjar tiroid
- membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi
- menghilangkan selulit
- mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan
- mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Banyak manafaat yang luar biasa dari petua terapi China ni. Boleh sangatlah di cuba. Aku dah cuba, Ad lah kurang sikit perasaan letih dan lesu. Nanti nak cuba buat banyak kali dan setiap hari. Mana tahu, ia boleh membuatkan aku lebih bersemangat dan ceria tanpa rasa letih lagi.. hehe!

Nak dapatkan pelbagai petua di blog ini... klik SINI

p/s: Terima kasih pada yang berkongsi petua terapi ini. Semoga anda semua mendapat manafaatnya.

#kredit FB Yeong Nor Saadah

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...